Politik & Negara 22 Mar, 2023

Sirih pulang ke gagang! Dr Maszlee Malik kembali jadi pensyarah! Bertugas di Universituy of Cyberjaya!

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this

Selepas berkecimpung dalam dunia politik, bekas Menteri Pendidikan, Prof. Dr. Maszlee Malik kini kembali ke dunia akademik sebagai pensyarah di Universiti of Cyberjaya di Cyberjaya.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dalam akaun media sosialnya semalam (21 Mac 2023) mengumumkan perkara itu dengan menyatakan skop tugasnya yang baharu itu ialah memberikan kuliah berkaitan sains sosial dan pendidikan.



“Kembali mengajar. Terima kasih University of Cyberjaya di atas kepercayaan yang telah diberikan,” katanya.
Prof. Maszlee merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menyertai gelanggang politik pada 2018 menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pada PRU14, beliau memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Menteri Pendidikan. - KitaReporters

12
11
0
10
0
You will be interested