Politik & Negara 22 Mar, 2024

Video| Pejuang Hamas di ambang kemenangan! Al-Aqsa akan dibebaskan! Pertolongan Allah semakin hampir!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023. E-mel: roslan_616@yahoo.com

Share this



PEPERANGAN sudah memasuki bulan keenam tapi tiada tanda-tanda akan berlaku gencatan senjata. Serangan tanpa henti Israel di Gaza menyebabkan peningkatan kebimbangan di seluruh dunia kerana risiko kebuluran semakin meningkat dan membawa kepada ancaman pertambahan jumlah kematian yang kini sudah melepasi 31,000 syuhadah.

Lebih pilu, serangan berterusan walaupun umat Islam di seluruh dunia menyambut kehadiran Ramadhan, bulan yang suci dengan pelbagai aktiviti ibadah, tapi penduduk Gaza masih diselimuti kesengsaraan dan kekejaman yang Allah saja mengetahui bila titik penamatnya.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, hiasan biasa di sekitar Kota Lama (Baitulmaqdis) tidak dipasang dan kini kesuraman sama di bandar-bandar di seluruh Tebing Barat yang diduduki, di mana kira-kira 400 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan atau peneroka Yahudi sejak permulaan perang Gaza.

Bagaimana agaknya penduduk Gaza menyambut kehadiran bulan mulia ini kali ini. Pendakwah bebas, Dr Mat Rofa Ismail menyampaikan kuliah zuhur bertajuk, Bagaimana Tanah Gaza Menyambut Ramadan di Surau Mujahidin, Desa Surada, Bandar Baru Bangi. 

Ikuti kupasannya yang menyentuh hati selepas melihat penderitaan yang tiada kesudahan penduduk Palestin. Moga ada cahaya di hujung terowong, Amin ya Allah!


Penduduk Gaza tiada apa-apa untuk hidup apabila rumah dan kediaman mereka musnah dibom tentera Yahudi.


"Peperangan di Gaza sudah memasuki bulan keenam dan pejuang-pejuang Hamas masih bertahan tapi yang menjadi mangsa ialah org awam yang tidak berdosa. Mereka diusir dari utara ke selatan dan akhirnya berkumpul di Rafah berhampiran sempadan Mesir. 

"Gaza bukan sebuah kawasan yang besar, ia hanya sebuah daerah kecil dan Israel mengepung dari semua sudut dan pilihan hanya di sempadan mesir tapi mereka tidak dibenarkan keluar masuk secara bebas.

"Gaza berjuang seorang diri menentang kuasa yang besar terdiri daripada negara di Amerika Utara, Selatan, Eropah, Australia dan Singapura. Cuba bayangkan hampir separuh dunia dengan kelengkapan perang yang canggih cuba memusnahkan sebuah daerah yang kecil.  

"Mereka kata akan menghancurkan Gaza dalam tiga hari tapi terbukti Allah memelihara bumi suci itu dan pejuang Hamas terus berjuang melawan mereka untuk mempertahan bumi kelahiran mereka. Lebih hebat, mereka berjuang pada bulan yang mulia ini.

"Mereka dikepung dalam tembok yang tinggi, di dalam kesengsaraan dan di luar kematian! Gaza hakikatnya ialah sebuah penjara besar dihuni warga Palestin. Mereka hidup dalam kelaparan, kebuluran dan penyakit berjangkit tapi masih terus dengan kalimah yang satu iaitu Allah Maha Besar. 

"Sejak 6 bulan lalu, daerah subur ini dikepung, di bom setiap hari, makanan tidak ada malah tanah kubur juga tidak cukup untuk mengebumikan para syuhada. 


Dr Mat Rofa Ismail


"Israel berkata, jika kamu bergerak ke selatan, kami akan bom kawasan di utara dan kamu akan selamat. Kami beri tempoh 48 jam, tapi hakikatnya Israel berbohong, dunia berbohong dan PBB tidak melakukan apa-apa. 

"Bagi sebahagian masyarakat dunia, Gaza kawasan pengganas dan perlu dimusnahkan. Bayangkan kita mempertahan diri daripada pencerobohan Israel tapi dianggap pengganas, pelik kan? 

"Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah, kita menjadi umat Islam yang dihina dalam sejarah moden. saudara kita dibunuh, diseksa dan hidup sengsara tapi kita tidak boleh berbuat apa-apa, hanya melihat dari jauh.

"Orang kafir bersatu untuk menghancurkan umat islam malah negara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar bersama israel untuk menghancurkan Gaza tapi kita tidak berbuat apa-apa, masih tidur dan bermimpi. 

"Tuan-tuan jangan takut jatuh kerana kita duduk paling bawah dan tidak boleh jatuh lagi.

"Pada ambang Ramadan, Amerika Syarikat menghantar bantuan kononnya simpati dengan nasib rakyat Palestin tapi lihatlah bagaimana bantuan itu dihantar, mereka menjatuhkan ke laut dan rakyat Palestin hanya boleh melihat ia terapung. 

"Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Begitu juga Israel kata Rafah tempat yang selamat untuk berlindung tapi apabila warga Palestin berkumpul dan beratur untuk mengambil bantuan, mereka bom tempat itu. 


Kebuluran dan kelaparan melanda Gaza kerana penduduknya tidak mempunyai apa-apa untuk makan melainkan mengharapkan bantuan yang tidak pasti. 


"Umat islam di Gaza yang kebuluran terpaksa makan rumput untuk hidup tapi kita di Malaysia dalam kekenyangan dengan makanan berlimpah ruah termasuk di pasar Ramadan. Mereka gali tanah dan ambil bahagian rumput paling lembut untuk makan.

"Kita berharap Ramadan menjadi bulan untuk gencatan senjata tapi Israel sengaja mengelak untuk terus membunuh umat Islam dan PBB pun tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa menghalalkan serangan Yahudi dengan kuasa veto Amerika Syarikat.

"Umat Islam Gaza menyambut Ramadhan dalam suasana pilu tapi pejuang Hamas terus kental dan bersemangat. 

"Di Gaza, sama ada duduk di tempat terbuka atau dalam bangunan dan khemah, peluang untuk mati adalah sama sebab bom akan datang bila-bila masa. Mereka menyambut Ramadan di bawah runtuhan, makan apa saja tapi tetap patuh kepada perintah Allah yang mewajibkan puasa. Allahuakbar! Malah, di bawah runtuhan, dikatakan ada 7,000 hingga 8,000 masih belum ditemui.

"Dunia hanya melihat dan jiran mereka dalam kalangan negara Arab pun begitu. Palestin amat berharap Malaysia, Indonesia dan Brunei yang sentiasa bersama mereka tapi apa yang mampu kita lakukan melainkan berdoa. 

"Ayuh kita terus berdoa, moga Allah merahmati rakyat Palestin, bumi Gaza dan masjid Al-Aqsa. Mereka berbuka puasa di celah-celah runtuhan bangunan, solat tarawih tanpa elektrik dan air. 

"Bayangkan sebotol air mineral dikongsi 10 orang, hanya dapat merasakan beberapa titis air bagi menghilangkan dahaga. Ada berbuka dengan sebutir kurma. Suasananya amat menyentuh jiwa, memang besar ujian Allah untuk mereka.


Negara-negara Arab menjadi hamba dan mengikut telunjuk Zionis Israel.


Negara-negara Arab hanya melihat kemusnahan dan pembunuhan yang berlaku di Gaza setiap hari.


"Ada usaha dari Mesir dan Palestin untuk gencatan senjata tapi Israel sengaja serang kawasan di Rafah. Jahatnya mereka.  Tapi, warga palestin mengambil kesempatan Ramadan untuk bermunajat dan beribadat kepada Allah kerana mereka yakin itulah satu-satu harapan untuk menghancurkan Yahudi laknatullah. 

"Allah menguji kerana Dia sayangkan mereka. Apabila Allah cintakan sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka dengan ujian yang hebat. Apakah kita sanggup menerima ujian begitu, tanya diri kita sendiri.

"Bayangkan dalam kesengsaraan, kebuluran dan hanya menunggu kematian, mereka masih patuh ajaran allah, inilah yang tidak boleh difahami orang kafir. 

"Di Baitulmaqdis, Israel sudah memberi amaran jangan sesiapa masuk ke kawasan itu lalu mereka hantar pasukan polis dan pagar dengan besi termasuk mengepung Al-Aqsa tapi malam pertama Ramadhan, 13,000 solat di dataran Al-Aqsa. Ini semua kuasa Allah. Malam kedua lebih ramai, seolah-olah Israel tidak boleh berbuat apa-apa. Apakah Israel sudah di luar kawalan?

"Jika Israel mahu membunuh umat Islam, mengapa tidak dilakukan ketika mereka bersolat di dataran Al-Aqsa? Apakah ini mesej bahawa Al-Aqsa akan dibebaskan? Insya-Allah ia tidak mustahil. 

"Ada beberapa persoalan yang belum dijawab, apakah umat Islam sudah mengawal Al-Aqsa dan apakah Hamas sudah menguasai masjid suci itu. Pemimpin Hamas berkata, wahai pejuang, bersedialah dengan wuduk kamu, kita akan bersolat jemaah di masjid Al-Aqsa. Apa maksud kenyataan itu? 


Menikmati buka puasa dengan makan apa sahaja, kadang kala hanya sebiji kurma atau tomato.


"Ramadan adalah satu perjuangan, peperangan Badar berlaku pada bulan Ramadhan dan dimenangi tentera Islam yang lebih kecil mengalahkan musuh yang besar. 

"Inilah yang tidak dapat difahami manusia zaman moden. Mereka tidak tahu kemenangan adalah milik Allah. Di media antarabangsa, Gaza digambarkan sudah kalah tapi hakikatnya Israel yang kalah kerana pejuang Hamas terus berjuang.

"Cita-cita Israel ialah menghalau warga Palestin dari Gaza ke Sinai, satu kawasan yang tandus di Mesir dan mengisytiharkan Gaza wilayah mereka. Alhamdulillah, ia tidak menjadi kenyataan. 

"Hakikatnya, Israel sudah kalah dan mereka tidak mampu berhadapan dengan pejuang Hamas dan bagi menutup kekalahan itu, mereka membunuh orang awam. Mereka mahu menunjukkan seolah-olah mengusai peperangan. 

"Penganalisis berpendapat, jika perang memasuki enam bulan dan pejuang Hamas masih kental, tempoh seterusnya tiada masalah dan kemenangan pasti di pihak Hamas.

"Media antarabangsa di Barat banyak sembunyi fakta terutama kematian komander tertinggi mereka di tangan pejuang Hamas termasuk Jeneral tertinggi Amerika Syarikat yang mereka enggan mendedahkan kerana malu kerana terlalu memandang rendah keupayaan pejuang Hamas. Israel sedang berduka kerana mereka terpaksa mengebumikan komander dan Jeneral mereka yang dianggap terbaik. 


Tiada makanan untuk dimakan dan akhirnya mereka terpaksa memakan rumput untuk terus hidup. 


"Israel dan Amerika Syarikat mendakwa Hamas bersembunyi dalam terowong. Itu adalah satu pembohongan kerana hakikatnya mereka mendiami di bandar bawah tanah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, makanan dan menguasai seluruh Gaza termasuk kawasan di Israel. Jika tidak masakan mereka mampu memberi info dan berita terkini apa yang berlaku di Gaza. 

"Israel dan sekutunya dengan kelengkapan canggih gagal mengesan kedudukan pejuang Hamas dan tebusan yang mereka culik. ini amat menghairankan mereka sedangkan mereka sudah mengebom dari utara dan selatan. Ini tamparan hebat kepada mereka.

"Amat malang apabila bukan sekadar musuh Islam menganggap pejuang Hamas pengganas tapi negara-negara Arab lain yang mengakui mereka Islam. 

"Ketika Israel menghadapi kekurangan bekalan makanan akibat serangan Yaman dan Iran di Laut Merah, Dubai bersekongkol membantu Yahudi. Masya-Allah negara Islam sanggup mengkhianati saudara mereka sendiri. Negara Arab sudah dikuasai Yahudi, mereka sebenarnya pengecut dan berselindung di sebalik topeng Islam.

"Tentera Yahudi melakukan pelbagai usaha untuk memusnah dan menghapuskan rakyat dan bumi Palestin. seluruh bangunan di bom, hospital dan kemudahan perubatan. doktor dibunuh.

"Lebih dahsyat mereka menggunakan bom fosforus putih dalam serangan ke atas Gaza yang boleh mengakibatkan sesak nafas. Bom fosforus putih boleh menyebabkan kecederaan serta-merta pada paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang, selain berupaya melecurkan kulit serta otot manusia. 

"Israel telah menggunakan peluru fosforus putih dalam operasi ketenteraan selama 22 hari di Gaza yang dipanggil 'Operasi Cast Lead' pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. 


Kanak-kanak paling banyak menjadi korban peperangan di Gaza sama ada di bunuh atau mati akibat kebuluran. 


"Statistik Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada 4 Januari 2024, melaporkan seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal sejak 7 Oktober 2023. 

"Dan, kira-kira 60,000 pelarian mencari perlindungan di pusat perlindungan di kawasan tengah dan selatan Gaza dengan jumlah keseluruhan mencecah hampir 1.2 juta orang. 

"Tapi, dengan izin Allah juga, lebih 50,000 wanita hamil di Gaza dan lebih 180 wanita melahirkan anak setiap hari, kebanyakan kembar. Masya-Allah ramai yang terkorban tapi lebih ramai yag lahir untuk menjadi pejuang bagi membebaskan bumi Palestin.

"Amat malang apabila rakyat Palestin kelaparan di Gaza, kita membazir makanan di pesta Ramadan, segala kuih muih yang tidak ada di sana ada di sini. 

"Tapi apakah kita mengaku mereka saudara kita sedangkan kita membiarkan mereka kelaparan dan kita dalam kekenyangan? Kita terkenal sebagai antara negara yang  banyak membazir, kira-kira 15,000 tan makanan dibuang setiap hari sedangkan di Gaza, mereka makan rumput.

"Akhirnya, saya teringat kata-kata pemimpin Hamas, masa kehancuran Zionis sudah bermula sekarang . Daripada ucapan itu menggambarkan pejuang Hamas sudah menang dan Israel sudah kalah. Tapi Yahudi memutar belit media dunia dengan mengatakan Islam sudah kalah. 

"Jadi bagi menutup rasa malu itu, mereka mengebom seluruh Gaza setiap hari. Mereka juga kehilangan kira-kira 15,000 tentera dan pasukan upahan dari india dan Asia Tenggara yang terkorban, mereka campak dalam laut. Inilah kerja kotor Yahudi," katanya. - KitaReporters

20
9
0
14
0
You will be interested