Politik & Negara 15 Jun, 2025

Dengar, hormat, angkat suara anak muda! Corakkan hala tuju negara! Peruntukan RM4j untuk MBM! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Suara anak muda dan golongan belia wajar terus didengari, dihormati dan diangkat sebagai suara penting dalam mencorak hala tuju negara.

"Gegak gempita semangat, tenaga dan aura belia amat signifikan dalam membawa arus perubahan ke arah masa depan negara yang lebih cemerlang dan berdaya saing pada peringkat serantau mahupun global," jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, bagi memperkasa golongan belia di negara ini, Kerajaan Malaysia Madani mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM).



Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada malam 14 Jun 2025.

"Kita yakin bahawa kekuatan sesebuah negara bergantung kepada potensi, idealisme dan daya juang anak mudanya. 

"Justeru, suara belia mesti diberi ruang dan peluang pandangan mereka perlu didengar, aspirasi mereka dihargai, dan penglibatan mereka dalam proses penggubalan dasar serta pembangunan negara mesti terus disuburkan.

"Marilah kita bersama menyemarakkan semangat menyantuni suara belia dan membuka jalan kepada mereka untuk terus menyumbang kepada tanah air tercinta," tegas Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
9
0
17
0
You will be interested