Politik & Negara 24 Oct, 2023

Turkiye guna peluang yang ada! Hantar lebih banyak bantuan ke Gaza! Termasuk 20 pakar perubatan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 


MENGGUNAKAN kesempatan dan ruang yang ada, demi menyelamatkan rakyat Palestin, Turkiye menghantar lebih banyak bekalan bantuan ke Gaza melalui pesawat tentera.

Kementerian Pertahanan yang dipetik Arabnews.com berkata, kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan  akan terus menghulurkan bantuan ke Gaza.

“Kami telah mula memuatkan pakej bantuan, kebanyakannya mengandungi bekalan perubatan. Sebaik sahaja pesawat itu bersedia, ia akan berlepas ke Mesir. 

"Sebanyak empat urutan telaj dirancang untuk menghantar bahan bantuan ke wilayah itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.




Terdahulu, pesawat Presiden Turkiye  yang sarat dengan ubat-ubatan dan bekalan perubatan yang dituju ke Semenanjung Gaza telah berlepas dari Ankara ke ibu negara Mesir, Kaherah pada 22 Oktober 2023 lalu. Pesawat dilaporkan telah tiba di Mesir. 

Selain bekalan perubatan dan keperluan turut berada dalam pesawat berkenaan adalah 20 pakar profesional penjagaan kesihatan.

Konvoi kedua trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad, 22 Oktober 2023, sehari selepas 20 trak memasuki kawasan itu. 

Kedua-dua penghantaran masuk dari Mesir melalui pintu masuk Rafah, satu-satunya laluan ke Gaza yang tidak dikawal oleh Israel. 



Terdahulu, PBB memaklumkan bahawa Semenanjung Gaza akan kehabisan bahan api dalam masa tiga hari.

Ketua Pesuruhjayanya, Philippe Lazzarini dalam kenyataan bertulis berkata, bahan api yang ada di wilayah itu hanya mampu bertahan sehingga tiga hari sahaja.

Malah, ketiadaan bahan api akan memberi risiko berganda di wilayah berkenaan terutama di kawasan khusus seperti yang hospital yang menggunakan keperluan berkenaan. 

“Saya menyeru semua pihak  yang mempunyai pengaruh ke atas mereka untuk segera membenarkan bekalan bahan api ke Semenanjung Gaza dan memastikan bahan api digunakan bagi mengelakkan keruntuhan tindak balas kemanusiaan,” katanya. - KitaReporters


11
15
0
8
0
You will be interested