Politik & Negara 31 Jul, 2024

Ismail Haniyeh dibunuh: Asasinasi pengecut, terkutuk Israel! Dapat restu daripada Amerika! - MAPIM

@gamal nasir mohd ali
Seorang wartawan selama lebih 30 tahun selepas menyertai Utusan Melayu pada 1989. Bergelumang dalam bidang Online sejak 2000 dan kini mengendali KitaReporters dan UtusanPress. Emel: [email protected]

Share this


Kami mengutuk sekeras-sekerasnya pembunuhan Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh. 

Hampir dapat dirumuskan bahawa Zionis Israel bertanggungjawab ke atas operasi pembunuhan ini yang mendapat restu daripada Amerika Syarikat. Ini adalah asasinasi pengecut Zionis Israel. Jenayah yang mesti dibalas dengan tindakan tegas.

Kami berpendirian pembunuhan terketuk ini tidak akan sama sekali mengurangkan semangat pejuang Hamas. Malah mereka yang bersolidariti dengan perjuangan pembebasan Palestin di seluruh dunia mesti meneruskan sokongan.

Operasi Zionis Israel melancarkan asasinasi bersasar ke atas pemimpin Hamas sudah menjadi cara yang lazim. Ini adalah operasi yang telah dilancar kepada ramai pemimpin Hamas di banyak negara di dunia. 

Kami mendesak seluruh penyokong Palestin di dunia bertindak meneruskan solidariti kepada pejuang Hamas. Pembunuhan ini pastikan akan menerima tindak balas daripada Hamas.



Ismail Haniyeh sudah bersedia melakukan genjatan senjata di Gaza. Namun sikap penjenayah Natanyahu dan seluruh kabinet perang Israel yang disokong oleh Amerika jelas berazam meneruskan operasi genosid dan membunuh pemimpin yang disasarkan.

Kini Israel menghalalkan semua cara, termasuk menyerang musuh di negara asing.

Israel sedang bermusuhan dengan pelbagai negara. Ia mendedahkan diri kepada tindak balas oleh kumpulan yang tidak boleh menerima keganasan Israel.

Kami menuntut pemimpin Islam dunia tidak mendiamkan diri.  Sudah sampai masanya Israel dihukum dengan hukuman keras terhadap jenayahnya.


Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


14
12
0
15
1
You will be interested