Politik & Negara 22 Aug, 2024

Beri peluang bagi NGO bantu pesakit Gaza di Malaysia! Usaha komprehensif sesuaikan diri! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAPIM mencadangkan agar pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia diberi bantuan daripada NGO Malaysia juga.
Mereka kini telah sampai di Malaysia dari misi yang diatur oleh kerajaan Malaysia. Ini adalah inisiatif yang amat membanggakan, mengambil kira usaha kerajaan yang mewakili rakyat Malaysia untuk membantu mereka mendapatkan rawatan lanjutan di Malaysia.
Kami menyarankan agar inisiatif ini jangan terbatas kepada usaha kerajaan semata-mata. Peranan NGO boleh dilibatkan agar usaha komprehensif untuk membantu mereka menyesuaikan diri di Malaysia dapat diatur.


Kami berpendapat banyak isu yang terlibat dalam menguruskan pesakit dan mereka yang mengiringi pesakit dari Gaza.
Semua urusan yang berkait dengan pesakit, terutama kanak-kanak yang dijangka akan berada lama di Malaysia. Oleh itu, isu tempat tinggal, perbelanjaan harian, dokumentasi, pergerakan dan tanggungan hidup perlu diambil kira. 
Adalah lebih baik NGO dilibatkan agar keadaan mereka akan lebih terurus ketika berada di Malaysia. Kami meminta Perdana Menteri melihat soal jangka pendek dan jangka panjang dalam menguruskan mangsa perang di Gaza ini.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


11
16
0
16
0
You will be interested