Malaysia dan Turkiye perlu tampil sebagai suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar, khususnya dalam isu penindasan berterusan di Gaza serta konflik terbaharu di Venezuela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia sedang melalui peralihan kuasa global yang mendalam melibatkan ekonomi, keselamatan, teknologi dan tatakelola antarabangsa.
Sehubungan itu, katanya, landskap antarabangsa yang semakin mencabar, aturan lama tidak lagi memadai.
"Maka, Malaysia dan Turkiye perlu tampil sebagai suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar, khususnya dalam isu penindasan berterusan di Gaza serta konflik di Venezuela.
"Negara-negara membangun harus sedar bahawa masa depan mereka tidak semestinya bergantung kepada mana-mana kuasa besar secara tunggal," jelasnya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum di Ankara bertajuk Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye pada 7 Disember 2025.

Menurut Anwar, kemajuan teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI), mesti dipandu oleh nilai dan kebijaksanaan agar memperkasa manusia, bukan mencipta ketidaksamaan baharu atau menghakis maruah insan.
"Undang-undang antarabangsa tidak boleh diamalkan secara selektif. Kekejaman di Gaza tidak boleh dinormalisasi atau dijadikan preseden.
"Malaysia dan Turkiye akan terus bersuara, bertindak dan menuntut keadilan," tegas beliau.
Katanya lagi, tatkala dunia yang sarat persaingan kuasa, Malaysia dan Turkiye mesti memperkukuh kerjasama strategik, mempertahan prinsip bersama, dan memastikan hukum terus membatasi kuasa, bukan sebaliknya. - KitaReporters/Kenyataan Media
