Politik & Negara 15 Aug, 2025

Video| Rekod reformasi undang-undang! 14 akta baharu, 97 pindaan! Akta lompat parti dilengkapkan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kerajaan Madani telah melakukan rekod reformasi undang-undang tertinggi negara apabila memegang kuasa sejak lebih dua tahun lalu yang merangkumi 14 akta baharu dan 97 pindaan. Kerajaan juga bersedia meminda undang-undang lompat parti selaras dengan cadangan lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri. - KitaReporters




Kerajaan Madani telah melakukan rekod reformasi undang-undang tertinggi negara apabila memegang kuasa sejak lebih dua tahun lalu yang merangkumi 14 akta baharu dan 97 pindaan termasuklah pemansuhan hukuman mati mandatori dan pemisahan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kurang tiga tahun pentadbiran, Kerajaan Madani mencatat rekod reformasi undang-undang tertinggi termasuk pemansuhan hukuman mati mandatori, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, pindaan perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen, merangkumi 14 akta baharu dan 97 pindaan.

"Kerajaan Madani juga bakal merealisasikan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, satu tuntutan lama demi memperkukuh institusi, menjamin kebebasan pendakwaan dan memastikan prinsip keadilan ditegakkan," jelas beliau.

Anwar menjelaskan demikian semasa Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025.





Sementara itu ketika menjawab soalan mengenai keperluan meminda undang-undang lompat parti pada sesi PMQT yang sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Madani bersedia melaksanakan pindaan selaras dengan cadangan lebih menyeluruh yang pernah diusulkan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika undang-undang ini digubal pada pentadbiran lalu.
"Faktanya ketika itu wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) sendiri yang menolak cadangan tersebut. Kini, apabila isu lompat parti kembali merunsingkan pembangkang, barulah mereka mahu membawa usul pindaan," tambah Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media

7
20
0
12
0
You will be interested