Politik & Negara 29 Jan, 2024

Pesanan Yang di-Pertuan Agong! Pacu pertumbuhan ekonomi! Fikir tukar kerajaan bila habis penggal! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



"Sewaktu berucap pada perasmian penutup di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak, saya tekankan bahawa kestabilan kerajaan ketika ini amat kukuh dan turut mendapat dukungan padu gabungan dari Sabah dan Sarawak.

"Kepada pihak yang sentiasa cuba menggugat kestabilan ini, bertaakul dan terimalah kenyataan bahawa gabungan itu akan kekal sehingga ke akhir penggal.
"Saya juga kongsikan pesanan Yang di-Pertuan Agong pada malam tadi (27 Januari 2024) agar ditumpukan pada memacu pertumbuhan ekonomi, dan biar bicara soal merancang pertukaran kerajaan setelah berakhir penggal lima tahun.
"Malah, saya juga yakin Tuanku Sultan Johor yang akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong akan mempertahan pendirian yang sama.
"Intiha, saya sekali tegaskan jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus mempertahan prinsip keadilan sejagat, termasuk menjaga hak majoriti Melayu dan Bumiputera." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 28 Januari 2024)

11
8
1
11
0
You will be interested