Politik & Negara 13 Apr, 2024

Ayuh sumbang! Tabung solidariti untuk pekerja kesihatan Gaza! 1 Pekerja 1 RM Sebulan untuk Palestin!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kami dengan ini memaklumkan suatu inisiatif membantu hampir 120,000 pekerja awam dan swasta di Gaza dilancarkan.

Hampir semua sektor pekerjaan di Gaza berhadapan keadaan sangat kritikal. Malah insiden pekerja terbunuh dan cedera menjadi lazim akibat serangan tanpa henti tentera zionis Israel.

Sehingga kini lebih 100,000 pekerja sektor awam dan swasta di Gaza kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Keadaan mereka menjadi sangat kritikal kerana tidak mampu menyara keperluan keluarga dan meneruskan kehidupan. Malah mereka amat sukar meneruskan tugas kerana keselamatan serta prasarana awam musnah sama sekali.

Kami memberi perhatian serius kepada pekerjaan dalam sektor kesihatan di Gaza. Keadaan pekerja kesihatan dalam kalangan pegawai dan pembantu perubatan sangat kritikal. 

Sebanyak 32 hospital di seluruh Gaza terjejas teruk apabila lebih 70,000 rakyat Gaza cedera akibat keganasan tentera zionis Israel. Rawatan di semua hospital tidak mampu disantuni doktor, jururawat dan pembantu kesihatan kerana ada yang terbunuh, tercedera dan bekerja tanpa gaji. 



Pekerja kesihatan adalah kelompok yang paling terkesan secara kritikal sejak Israel menyerang Gaza 7 Oktober 2024 lalu. Bilangan rakyat Gaza yang memerlukan rawatan berlipat kali ganda daripada keadaan biasa akibat jenayah genosid yang dilancarkan di Gaza oleh tentera Israel.

Kami mengambil inisiatif mengisytiharkan dan melancar tabung khas untuk membantu pekerja kesihatan di Gaza.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana secara berterusan melalui skim Tabung Persaudaraan untuk Pekerja Kesihatan Gaza  (Fratenity Fund for Health Workers in Gaza) melalui akaun Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) CIMB 8604556678.

Sokongan kewangan untuk menampung keperluan dan kebajikan pekerja kesihatan hospital awam mahupun swasta di Gaza akan disalurkan.

Keperluan asas dalam bentuk makanan, perbelanjaan harian diharap dapat membantu mereka sehingga mereka kembali menjalankan tugas dengan sempurna.



Kami menyeru kesatuan sekerja Malaysia dalam sektor awam mahupun swasta menyumbang kepada tabung ini sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

Skim RM1 sebulan daripada setiap pekerja di Malaysia (1 Pekerja 1 RM Sebulan untuk Palestin) atau 1P1P dilancarkan. 

Untuk memudahkan pekerja Malaysia mencarum RM1 sebulan dari akaun bank masing-masing  secara auto debit kepada akaun MAPIM, diharap agar terkumpul dana yang boleh membantu  pekerja di Gaza.


Mohd Azmi Abdul Hamid 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), yang juga Pengerusi Secretariat for Malaysia - Palestine Labour Union Social Services


11
7
0
12
0
You will be interested