Politik & Negara 14 Dec, 2023

Ada beran? Jadikan sambutan tahun baharu 2024 sebagai Perhimpunan Kemanusiaan Sejuta Rakyat? - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Kredit foto: Al Jazeera


Mengambil kira pergolakan yang semakin parah di Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem, Palestin, kami menyeru sambutan tahun baharu pada 1 Januari 2024 disambut dengan Hari Perhimpunan Kemanusiaan Sejuta Rakyat.
Keadaan di Gaza, Palestin kini sudah melebihi krisis biasa. Kesengsaraan warga Palestin di Gaza nampaknya diabai oleh dunia sehingga rakyat Gaza kini menghadapi maut setiap detik. 

Manakala aparteid Israel mengganas di Gaza dengan mengetepikan semua perundangan antarabangsa termasuk genosid dan jenayah perang.

PBB gagal bertindak akibat AS mengguna kuasa veto sehingga memberi laluan kepada aparteid Israel mengguna senjata bekalan AS untuk melakukan pembunuhan massal dan genosid berskala besar di Gaza.

Dengan sebab itu sambutan 1 Januari 2024 nanti harus menjadi detik menzahirkan desakan untuk menghentikan perang Gaza serta- merta. 

Rakyat Malaysia harus bangkit sebagai respons tegas mengutuk Israel dan menuntut perang segera dihentikan dan gencatan senjata kekal dikuatkuasakan serta-merta.


Kredit foto: Reuters


Sesungguhnya penderitaan di Gaza terlalu parah yang sedang disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia tanpa boleh berbuat apa-apa. 

Dalam perang Gaza ini kadar seorang kanak-kanak mati setiap 10 minit, 35-40 orang mati setiap satu jam, 115 kanak-kanak mati dan 300-400 mati setiap hari, sudah cukup menyentuh hati rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri. Semangat kebersamaan dan berpegang kepada prinsip keadilan dan hak.

Oleh itu, kami berpendirian  sambutan tahun baharu kali ini tidak boleh disambut seperti biasa. Pada saat ini sentimen dan emosi rakyat Malaysia perlu bersama dengan rakyat di Gaza atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan insaniyyah. 
Kami menggesa pihak kerajaan memberi kerjasama untuk perhimpunan ini dapat diadakan dengan lancar berdasarkan peraturan sedia ada.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

10
12
0
11
0
You will be interested