
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), dengan kerjasama strategik International Education and Scientific Cultural Organization (IEASCO), melancarkan kempen kutipan dana kemanusiaan bagi membina sebuah pusat pendidikan dan pemulihan khas untuk 1,000 anak yatim mangsa perang di Gaza, Palestin.
Inisiatif ini adalah reaksi langsung terhadap kesan kemusnahan akibat serangan berterusan Israel yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan menjadikan puluhan ribu kanak-kanak kehilangan ibu bapa, tempat tinggal dan masa depan.
MAPIM dan IEASCO berpegang bahawa pendidikan adalah talian hayat harapan dan pemulihan buat generasi akan datang di Gaza.
MAPIM mengundang penyertaan daripada NGO, syarikat korporat dan dermawan untuk menjayakan projek ini.

Objektif Utama Projek:
- Pembinaan kompleks pendidikan asas lengkap dengan bilik darjah, dan kemudahan sokongan psikososial.
- Penyediaan pendidikan holistik termasuk pembelajaran al-Quran, pendidikan formal dan pemulihan trauma.
- Pemberdayaan pendidik tempatan dan penjaga melalui latihan kemahiran di pusat tersebut.
- Anggaran Kos Projek: USD 170,000 = +/-RM700,000
- Sasaran Kutipan Fasa Pertama: RM500,000

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata: "Kita tidak boleh membiarkan anak-anak Gaza menjadi mangsa dua kali -- pertama oleh perang, dan kedua oleh pengabaian.
"Pusat ini bukan sekadar sekolah; ia adalah tempat perlindungan, pemulihan dan pentarbiyahan pemimpin masa depan."
Jadual perlaksanaan projek ini adalah :
- Pengumpulan dana : Mei hingga Julai 2025
- Mendirikan 6 khemah sementara : Jun 2025
- Pembina infrastruktur pusat : Julai - September 2025
- Pendaftaran 1,000 anak yatim : Julai 2025
- Permulaan pengajian : September 2025

Sehubungan itu, MAPIM menyeru orang ramai, pihak korporat, NGO dan rakan antarabangsa untuk tampil menyumbang kepada usaha mulia ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank Majlis Perundingan Pertubuhan Ismail Malaysian iaitu CIMB 8604556678
Untuk pertanyaan media dan kerjasama, boleh menghubungi Khairon melalui talian +60 19-920 0559.
Marilah kita bina harapan di tempat yang paling memerlukannya -- dalam hati anak-anak Gaza. - KitaReporters/Kenyataan Media