.

Tragedi yang berlaku di Gaza adalah ujian kemanusiaan kita bersama. Seluruh keluarga sedang dibunuh. Kanak-kanak -- malah bayi -- telah dibunuh. Yang lain sedang merana akibat kelaparan.
Pengabaian yang mengerikan terhadap kehidupan dan martabat manusia ini mesti dihentikan, kerana ia adalah pelanggaran terhadap kod moral (kemanusiaan) yang paling asas.
Malaysia menyeru semua pemimpin dunia untuk bertindak dengan segera.
Setiap kerajaan yang percaya kepada undang-undang antarabangsa, setiap negara yang mendakwa menghargai nyawa manusia, mesti bersuara dengan satu suara.

Dalam hal ini, saya menyeru semua yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk mencari keberanian untuk bertindak dengan tegas.
Saya khususnya merayu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menggunakan pengaruh itu untuk mendesak penghentian segera pembunuhan, menghentikan pengeboman secara membabi buta, dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa halangan.
Ini adalah masa untuk kepimpinan moral. Inilah masanya untuk menegakkan nilai-nilai yang kita dakwa untuk pertahankan.
Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan semua negara -- Utara dan Selatan, Timur dan Barat -- untuk membawa bantuan kepada Gaza, dan untuk mengembalikan prinsip-prinsip asas kemanusiaan.
Janganlah kita dikenang sebagai mereka yang hanya berdiam diri.
Marilah kita dipandu oleh hati nurani kita, untuk menjawab penderitaan dengan belas kasihan, dan untuk mengejar keamanan demi kemanusiaan kita.
ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Malaysia

 
                                                                                     
                                 
                                     
                                     
                                    