Politik & Negara 15 Dec, 2025

Tahniah PM9! Lulus sesi viva Ijazah PhD! Bidang Sains Politik di UUM! Pengurusan krisis COVID-19!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Ke-9, hari ini (Isnin, 15 Disember 2025) berjaya lulus sesi viva Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan pindaan kecil.



Tajuk tesis beliau selaras dengan pengalamannya sebagai Perdana Menteri ketika berhadapan pandemik yang melanda negara, iaitu Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik COVID-19.

Sesi viva voce PhD yang berlangsung di Bilik Viva, Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), UUM telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis. 



Pemeriksa luar ialah Prof. Dato’ Dr. Sivamuragan Pandian, manakala pemeriksa dalaman ialah Prof. Madya Dr. Nazariah Osman.

Penyelia pertama beliau ialah Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar, manakala Prof. Madya Dr. Che Mohd Aziz Yaacob dan Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw masing-masing bertindak sebagai penyelia kedua dan ketiga.

Bagaimanapun, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan Senat Universiti. - KitaReporters/Kenyataan Media


15
15
0
8
0
You will be interested