Politik & Negara 22 Oct, 2023

Ke arah Perkongsian Strategik Malaysia-Arab Saudi! Majlis Penyelarasan Malaysia-Arab Saudi! - Anwar

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


"Alhamdulillah, saya telah berkesempatan melakukan kunjungan ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh sebagai acara penutup lawatan kerja saya ke negara Semenanjung Arab tersebut.

"Perbincangan kami seputar isu dua hala melibatkan kedua-dua negara Malaysia dan Arab Saudi dalam suasana mesra dan persahabatan yang utuh.
"Saya melontar penghargaan dan menjunjung kebijaksaan Arab Saudi dalam menganjurkan Sidang Kemuncak yang mempertemukan kedua-dua rantau yakni ASEAN dan negara-negara Teluk dalam GCC untuk kesekian kalinya menjadi platform tepat dalam memperkukuh kerjasama di lapangan politik, ekonomi, sosiobudaya dan juga keselamatan, selain memberi penekanan pada isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
"Kami bersetuju mempertingkat hubungan dua hala ke peringkat Perkongsian Strategik Malaysia-Arab Saudi meliputi pelbagai lapangan, termasuk penganjuran Majlis Penyelarasan Malaysia-Arab Saudi (SMCC), lapangan tenaga hijau di bawah Inisiatif Hijau Arab Saudi (SGI) dan pelaburan strategik.


"Isu penting lainnya yang disentuh ternyata isu Palestin dan kemanusiaan. Saya turut menegaskan agar kita berusaha untuk menghentikan keganasan dan pembenihan kefanatikan yang pastinya akan memburuk keadaan dan menambah kesengsaraan warga Palestin.
"Malaysia menjemput Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia yang dijangka akan diadakan pada sekitar bulan Januari 2024 kelak, Insya-Allah.
"Saya punyai keyakinan yang tinggi bahawa hubungan istimewa Malaysia dan Arab Saudi kini telah memasuki lembaran baharu yang lebih erat dan kukuh atas dasar dan pendekatan keuntungan bersama (win-win)." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 21 Oktober 2023)

13
15
0
10
0
You will be interested