Bisnes & Ekonomi 26 Jan, 2024

Tunai haji secara percuma! MKM Travel nak taja 3 jemaah bagi tahun 2024 ini! Pakej bernilai RM50k!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Gambar hiasan... Syarikat agensi pelancongan MKM Ticketing, Travel &Tours menawarkan tajaan haji kepada tiga individu secara percuma bagi tahun 1445/2024. 


MENUNAIKAN ibadat haji pasti menjadi impian setiap umat Islam, namun memandangkan kos untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu terlalu tinggi membuatkan ramai yang terpaksa memendamkan keinginan berkenaan.

Namun bagaikan bulan jatuh ke riba apabila sebuah syarikat pelancongan yang sedang menerpa nama dalam industri pelancongan di negara ini iaitu MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd (MKM Travel) menawarkan peluang menunaikan ibadah haji secara percuma kepada bakal jemaah haji bagi musim 1445H/2024M. 

Menariknya tajaan itu diberikan tiga individu bertuah bagi musim haji tahun ini.


Abdul Hadi Abdul Raman. - Kredit foto: Utusan Malaysia


Menurut Pengarah Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Raman, tajaan berkenaan dilakukan sebagai satu inisiatif kebajikan pihaknya dalam usaha memuliakan tetamu Allah.

“Pihak kami  kini sedang mencari tiga jemaah yang telah menerima tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tahun ini.

“Menerusi tawaran berkenaan kami berhasrat untuk menaja jemaah berkenaan untuk mengerjakan haji secara percuma melalui satu pakej agensi kami yang bernilai RM50,000 setiap orang,” katanya. 

Lebih mengujakan, Abdul Hadi menambah MKM Travel juga bersedia menyediakan wang naik haji kepada lima lagi jemaah.

Bagaimanapun katanya, tawaran berkenaan dikhususkan kepada individu yang telah menerima tawaran tunai haji pada tahun ini daripada TH.


Gambar hiasan... Tajaan yang dilakukan adalah yang julung kali sebagai menghargai rakyat di negara ini yang ikhlas memberi sokongan kepada mereka selama ini.


“Menerusi tawaran yang dikeluarkan Tabung Haji kita akan taja jemaah ini untuk menunaikan secara percuma menerusi syarikat kami.

“Mereka yang terpilih itu hanya perlu mendaftar untuk menunaikan haji bersama MKM Travel dan selesai membayar pakej tunai haji bersama syarikat ini,” katanya. 

MKM Travel diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai syarikat pelancongan berlesen serta diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011.

Syarikat yang bertapak di Shah Alam itu  juga adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah dan mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji.

Berkongsi pengalaman lagi, Abdul Hadi berkata, tajaan yang dilakukan adalah yang julung kali sebagai menghargai rakyat di negara ini yang ikhlas memberi sokongan kepada mereka selama ini.  - KitaReporters


15
14
0
8
0
You will be interested