Kampus & Pendidikan 11 Jan, 2024

Video| Berita baik untuk pelajar tahfiz! KUIPs tawar Program Laluan Pantas dan Micro Credential!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle mengadakan perbincangan dengan delegasi YKAT.

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) membuka peluang untuk Program Laluan Pantas (fast track) dan Micro Credential (pengiktirafan mikro) kepada pelajar-pelajar tahfiz terutama.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, program laluan pantas dan micro credential ini ditawarkan kepada pembelajaran tertentu mengikut kadar upaya pelajar-pelajar sama ada di kampus ini atau mengikutinya secara dalam talian (online).

“Peluang yang ditawarkan ini membolehkan pelajar tahfiz terutama menyambung pengajian di kampus ini mengikut kelayakan mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas kunjungan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan At-Tibyan (YKAT), Kuantan pada 9 Januari 2024.


Zulkifli Jaafar (kiri) bersama delegasi beliau menyambut baik hasil daripada kunjungan ke KUIPs ini.

Terdahulu Dr Muhamad Rozaimi menyambut kehadiran delegasi seramai lapan orang yang diketuai Pengerusi YKAT Dato’ Zulkifli Jaafar.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan YKAT, mereka bersetuju untuk melaksanakan beberapa program secara bersama termasuk menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), Memorandum Persefahaman (MoU), menganjurkan kem semasa cuti persekolahan dan beberapa program secara bersama nanti.


Zulkifli Jaafar.

Manakala Zulkifli yang ditemui berkata, kunjungan ini membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk melaksanakannya secara bersama.

“Melalui perbincangan tadi pastinya beberapa pendekatan akan kami laksanakan segera terutama program laluan pantas (fast track) dan micro credential untuk pelajar tahfiz,” ujar beliau ketika ditemui.

YKAT merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Kuantan yang bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan secara berterusan termasuk menerapkan nilai-nilai agama dan dakwah untuk masyarakat. - KitaReporters/KUIPs


Prof Dr Muhamad Rozaimi menerima cenderamata daripada Zulkifli.

9
21
0
15
0
You will be interested