PELAJAR-PELAJAR Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu, yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan perayauan Internet dan terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mendapat perhatian pentadbir universiti terbabit dengan menyediakan bantuan pelan data Internet percuma. : KitaReporters

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA Hafizan Juahir (kanan) menyerahkan kad SIM kepada salah seorang pelajar
Lagi cerita-cerita berkaitan UniSZA:
https://kitareporters.com/search?search=unisza
Menerusi pelan tersebut, ia memberi manfaat kepada 7,900 pelajar dalam kalangan golongan kurang berkemampuan daripada kumpulan isi rumah pendapatan bawah 40 (B40).
Inisiatif UniSZA untuk meringankan beban pelajar membiayai kos dan mendapatkan perayauan Internet percuma itu disambut oleh pelajar terutama golongan yang tidak berkemampuan ketika mereka turut menghadapi situasi PKPB yang turut dilaksanakan di Terengganu bermula 9 November 2020.

Prof Dr Hafizan Juahir
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof Dr. Hafizan Juahir berkata, pemberian pelan pascabayar tersebut bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini sepenuhnya dijalankan secara online.
Katanya, menerusi fasa pertama yang mula diberikan pada 7
November 2020, seramai 3,900 pelajar
berkelayakan menerima kad Modul Pengenalan Pelanggan (SIM) data Internet itu dengan sebahagian mengambilnya
secara pandu lalu.
Penyerahan data tersebut secara pandu lalu berlangsung di kampus UniSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Katanya, pelajar terbabit akan menerima kad SIM Celcom E-Learning 30 secara percuma selama empat bulan.

UniSZA Kampus Gong Badak,Kuala Terengganu

Pelan data internet percuma untuk pelajar UniSZA
Beliau berkata, pelan itu menawarkan kelajuan Internet 3G dan 4G/LTE dengan kuota data bulanan sebanyak 10 GB, panggilan suara tanpa had, akses tanpa had ke laman web dan enam aplikasi Microsoft Teams, Zoom Meeting, Skype, Google Meet, Cisco Webex dan YouTube.
“Seramai
4,000 pelajar UniSZA lagi akan menerima bantuan data Internet percuma tersebut
pada awal tahun depan bagi fasa kedua,” katanya. - KitaReporters