Kampus & Pendidikan 07 Nov, 2023

Video| Ilmuwan hadis di Malaysia, Dr Muhammad Asri! Dahului 275 penerima ijazah dan diploma KUIPs!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Sebahagian graduan yang menerima Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Kali Ke-6.

Ilmuwan Hadis di Malaysia Dr Muhammad Asri Yusoff mendahului majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Hadis buat julung kalinya, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sempena Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Kali Ke-6 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs.

Pada majlis ini seramai 275 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh, Perlis.


Dr Muhammad Asri Yusoff mendahului majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Hadis yang buat julung kalinya diberikan.


Jumlah ini membabitkan 265 graduan tempatan dan 10 graduan antarabangsa daripada tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam serta Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan.

Maulana Dr Muhammad Asri menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah (PhD) ini atas sumbangan jasa dan kepakaran beliau dalam bidang hadis. 


Waris Issara, graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pula menerima Anugerah Canselor.


Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Salsabila Shofia menerima Anugerah Rektor.


Manakala Waris Issara, graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pula menerima Anugerah Canselor (Martabat Al-Syaraf Al-Ula) dan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Salsabila Shofia menerima Anugerah Rektor.

Anugerah lain yang turut disampaikan ialah Anugerah Khas Kokurikulum (Imtiyaz Khas), Anugerah Graduan Terbaik Kokurikulum (Mumtaz) serta Anugerah Graduan Terbaik Diploma.

Sehingga Oktober 2023, KUIPs mempunyai pelajar seramai 1,277 orang dari 15 buah negara dengan penawaran 26 program pengajian dari pelbagai bidang di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah  Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan JPT. - KitaReporters



Album kenangan sempena Istiadat Konvokesyen KUIPs Kali Ke-6 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Tuanku Canselor KUIPs.

14
10
0
13
0
You will be interested