Kesihatan 03 Sep, 2019

MARI KATAKAN #BUKANSAYA UNTUK KOLESTEROL TINGGI!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
SEMPENA sambutan Hari Jantung Sedunia, acara riadah jalan kaki paling lama di Malaysia, ‘Nestle Omega Plus - Walk-A-Mile’ kembali buat tahun ke-18 dengan penyertaan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia dalam baju rona merah membanjiri Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) acara bermatlamat untuk menyatukan rakyat Malaysia menyuarakan satu kata #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi sambil mengorak langkah jalan sebatu  ke arah jantung yang lebih sihat.

Tahukah anda kolesterol tinggi antara faktor risiko utama penyakit jantung yang menjejaskan 47.7 peratus atau satu daripada dua orang dewasa di Malaysia?  Malah lebih membimbangkan apabila 40 peratus daripada mereka tidak menyedari status paras kolesterol masing-masing.

Laporan daripada Kementerian Kesihatan mendapati sikap acuh tak acuh masyarakat merupakan punca utama peningkatan kes-kes penyakit jantung.

Seiring dengan gaya hidup yang serba pantas serta tabiat pemakanan yang kurang sihat, semakin ramai rakyat Malaysia berhadapan dengan risiko kolesterol tinggi tanpa mengira siapa sahaja.

"Sebagai peneraju kesihatan jantung, kami kekal komited terhadap misi menggalakkan seramai mungkin rakyat Malaysia membuang sikap acuh tak acuh mereka dan katakan #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi,” jelas Kumaran Nowuram, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu dan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad pada majlis pelancaran ‘Nestle Omega Plus - Walk-A-Mile’ yang berlangsung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Kami menyedari pentingnya perkongsian tanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga kesihatan jantung masing-masing. Justeru, kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan YJM yang terjalin sejak program ini bermula 18 tahun yang lalu,” tambah beliau. 

Sehubungan itu, selari dengan komitmennya untuk menjana impak yang lebih besar terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan jantung dalam kalangan rakyat, Nestlé (Malaysia) Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diserahkan kepada Naib Presiden YJM, Dato Sulaiman Osman.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Dato Sulaiman Osman berkata: “Pendidikan merupakan pertahanan asas yang paling berkesan terhadap penyakit jantung. 

"Kami bersama-sama rakan kerjasama kami di Nestle Omega Plus menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia tampil untuk katakan #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi, supaya mereka dapat mengatasi sikap acuh tak acuh terhadap kolesterol tinggi. Penyakit jantung sememangnya boleh dicegah. 

"Oleh sebab itu, kami menegaskan pemeriksaan kolesterol berkala serta amalan gaya hidup sihat.” 

Program ‘Walk-A-Mile’ tahun ini menampilkan pelbagai aktiviti berunsur pendidikan yang interaktif, serta membawa kembali pelbagai kegiatan menarik bagi meningkatkan pemahaman para peserta tentang kesihatan jantung. 

Acara riadah jalan kaki sebatu Hearty Walk meliputi laluan baharu di sekitar tasik yang merangkumi pelbagai kuiz dan halangan baharu bagi menyampaikan fakta serta menangkis tanggapan salah berkaitan kolesterol. 

Selain itu, sesi Zumba atau Hearty Steps mendapat sambutan hangat orang ramai dengan gerak tarian yang menarik, manakala Hearty Checks pula menawarkan pemeriksaan saringan kolesterol, glukosa darah dan indeks jisim tubuh (BMI) secara percuma. 

Nestle Omega Plus menggalakkan semua rakyat Malaysia bersikap proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka dengan mengurus paras kolesterol. 

Pengurusan kolesterol yang berkesan boleh dicapai menerusi gabungan perubahan tabiat dan gaya hidup, seperti mengamalkan diet seimbang, senaman tetap sekurang-kurangnya 5 kali seminggu (20 minit setiap kali bersenam), serta mengurangkan pengambilan makanan goreng dan berminyak.


Untuk mengekalkan kesihatan jantung dengan Nestle Omega Plus, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

0
0
0
0
0
You will be interested

TEKNOLOGI, HARAPAN BAHARU BAGI PESAKIT STROK, URAT SARAF

Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd menyediakan kemudahan bioteknologi terkini termasuk penggunaan teknologi Artificial Intelligent (AI), untuk mempercepatkan pemulihan pesakit.

Azmah Dahari in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago