Kesihatan 27 Oct, 2019

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
JADUAL yang padat pasti memenatkan, masa yang diperuntukkan selama 24 jam pasti tidak mencukupi, ada sahaja yang ingin dilakukan.


Bagi wanita dan seorang ibu, tamat sahaja waktu bekerja, aktiviti di rumah pula sedang menunggu. Penat betul!

Selain daripada mengambil minuman berkhasiat untuk memberikan tenaga yang berpanjangan, tahukah anda kini menjadi viral pengambilan gula-gula Himalaya Salt lebih dikenali sebagai gula-gula sukan untuk tenaga berpanjangan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Mohd. Khairul Azuan yang juga pakar diet tampil berkongsi maklumat tentang 'sports candy' tersebut selepas melihat gula-gula berkenaan menjadi kegilaan masyarakat hari ini tanpa mengetahui fungsi sebenar.

Katanya, ramai masyarakat hari ini didapati mengambil sports candy tersebut sebagai menggantikan dengan gula-gula biasa.


“Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

“Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi 'sihat' hanya kerana ia dari Himalayan salt. Kandungan sodiumnya adalah lebih kurang sama sahaja!” katanya menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Khairul berkata, gula-gula berkenaan hanya sesuai kepada mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh, individu yang sering mendaki gunung dan juga mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Dalam masa sama, Khairul berpandangan, sekiranya seseorang mengalami masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang dinasihatkan agar tidak mengambilnya.

Tegas beliau, kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semula jadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Oleh yang demikian, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya mengambil gula-gula berkenaan sekadar mengikut peredaran semasa kerana dikhuatiri akan memberi implikasi buruk terhadap kesihatan.

Sebaliknya pakar diet itu menasihatkan supaya merujuk kepada doktor dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya... ya!

19
2
0
0
0
You will be interested

PERIKSA TEKANAN DARAH, DAPAT BERMAIN BATU SERIMBAN

Program Wanita dan Kesihatan 2019 anjuran Unit Komuniti Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

CUBA MELUKIS... BOLEH BANTU MASALAH MENTAL!!

Karnival Jom Sihat dan Hari Keluarga Kota Perdana 2019 di Bandar Putra Permai , Seri Kembangan anjuran Persatuan Penduduk Kota Perdana
Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago