Kesihatan 31 Oct, 2019

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
'SIMPLYSITI Di Hati' kembali untuk musim ke-8 bersama kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 dengan sasaran menjana RM70,000 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan.

Siti Nurhaliza bergambar kenangan bersama keluarga 5 kanak-kanak pesakit jantung yang terpilih. - Pix: IG @ctdk.


Mereka yang dipilih oleh Yayasan Institut Jantung Negara kali ini terdiri daripada adik Mugilan a/l Ramesh Rao, 2 tahun; adik Siah Wan Ying; adik Nurul Syamimi Ahmad Paridon; adik Auni Insyirah Muhammad Firdaus Hilmi dan adik Nur Auni Mardhiyah Ahmad Hanafi masing-masing berusia empat tahun.

"Kesemua kanak-kanak ini dijadualkan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara pada bila-bila masa  bermula dari bulan November," ujar Presiden SIMPLYSITI, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin pada majlis pelancaran dan sidang media kempen Tanggungjawab Sosial Korporatnya, iaitu 'Simplysiti Di Hati"  yang berlangsung di Hotel New World Petaling Jaya, pada petang Selasa (29/11/2019).

Turut hadir antaranya, Datin Julini Mohd Ali, Pengerusi Kutipan Dana yang juga Ahli Lembaga Pemegang  Yayasan IJN (kiri) dan Azuddin Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Simplysiti Sdn Bhd.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, kempen yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara itu telah berjaya mengumpul dana melebihi RM200,000  bagi membiayai kos pembedahan 14 orang kanak-kanak pesakit jantung keseluruhannya.

"Sebagai ibu saya dapat merasakan betapa sedihnya apabila anak sakit apatah lagi kekangan kewangan pula menjadi halangan untuk anak mendapatkan rawatan sewajarnya. 

"Jika tahun lalu kempen "Simplysiti Di Hati' berjaya membiayai kos pembedahan 3 kanak-kanak, tetapi tahun ini kita menambah lagi dua menjadi 5 orang kesemuanya, " jelas Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti.

Sehubungan itu, istimewanya tahun ini, Siti merangka beberapa program berkonsepkan 'membeli sambil menderma' malah menghasilkan single terbaharu berjudul 'Terang' sebagai lagu tema kempen "Simplysiti Di Hati' yang akan disiarkan di YouTube bermula 1 November ini.

Lagu 'Terang' dihasilkan oleh komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito (dua dari kiri) dengan liriknya ditulis oleh Shah Shamsiri (kiri sekali).

"'Terang' merupakan sebuah hadiah daripada saya untuk  membakar lagi semangat kanak-kanak pesakit jantung agar senbuh semula  dan yakin dapat meneruskan kehidupan ceria seperti kanak-kanak lain," tambah Tok Ti.

Sehubungan itu, Siti Nurhaliza mengajak orang ramai untuk bersama menyertai kempen 'Simplysiti di Hati' dengan menonton dan berkongsi video rasmi kempen di saluran YouTube Siti Nurhaliza Official, di mana jika jumlah tatapan mencapai 1 juta tontonan, dana tambahan sebanyak RM10,000 akan disalurkan kepada tabung Yayasan Institut Jantung Negara.

Menurut Siti, selain itu, SIMPLYSITI juga akan mengadakan kempen membeli sambil menderma, di mana dengan setiap pembelian RM120 ke atas produk SIMPLYSITI termasuk BeauSiti, sebanyak RM5 akan disalurkan ke Yayasan IJN, malah pembeli akan turut menerima sebuah kotak hadiah Eksklusif bernilai RM100 yang mengandungi sebatang gincu bibir dan beberapa baucer istimewa secara percuma.

"Pada masa sama, mereka berpeluang memenangi dua jemputan eksklusif ke 'Fun Day Out' bersama saya melalui peraduan Derma Dan Menang," tambah Siti.

Cara penyertaannya mudah sahaja di mana pembeli hanya perlu berkongsi  gambar swafoto bersama kotak hadiah eksklusif 'Gift Box Simplysiti Di Hati' dengan hashtag #simplysitidihati2019 di laman Facebook atau Instagram.

Anda mungkin salah seorang daripada 15 pemenang yang bakal  dipilih  untuk memenangi 'Fun Day Out' bersama Tok Ti. 

Jadi jika nak bersantai bersama Dato Siti perlu cepat sebab peraduan yang bermula 1 November 2019 ini akan berakhir hingga hujung bulan Disember 2019.

Demi merealisasi dan menjayakan misi kempen, Siti Nurhaliza sendiri bakal turun padang ke cawangan Butik Creacion dan SIMPLYSITI terpilih bagi memberi peluang pelanggan membeli barangan SIMPLYSITI sambil beramah mesra dengan beliau. 

Untuk setiap pembelian RM200 di mana-mana butik, sebanyak RM5 lagi akan disumbangkan ke tabung Yayasan IJN.

Pada 2 November 2019, Tok Ti akan berada di Butik Creacion Bangi pada pukul 1 tengah hari dan kemudiannya pada 4 petang di Creacion Melawati Mall.  

Pada minggu seterusnya, beliau akan berada di Creacion Johor Bahru pada jam 12 tengah hari, manakala akhir sekali pada 8 Disember pukul 1 tengah hari, Siti akan menemui pelanggan dan peminatnya di. Creacion Kuala Lumpur dan seterusnya di Creacion Shah Alam  pada jam 4 petang.

Seperti anggapan Siti yang berpendapat rakyat Malaysia yang berbilang kaum sangat bermurah hati dan prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan, beliau yakin sasaran yang dikehendaki manpu melebihi jumlah RM70,000 yang diperlukan.

Untuk rekod, tahun lalu, kempen Simplysiti Di Hati yang membantu tiga kanak-kanak pesakit jantung berjaya mengumpul dana sebanyak RM50,000 iaitu melebihi sasaran awal sebanyak RM30,000 sahaja.

"Marilah kita sama-sama membantu kanak-kanak pesakit jantung ini supaya mereka dapat kembali ceria dan sihat," akhiri Siti Nurhaliza penuh harapan.

2
0
0
0
0
You will be interested

PERIKSA TEKANAN DARAH, DAPAT BERMAIN BATU SERIMBAN

Program Wanita dan Kesihatan 2019 anjuran Unit Komuniti Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago

CUBA MELUKIS... BOLEH BANTU MASALAH MENTAL!!

Karnival Jom Sihat dan Hari Keluarga Kota Perdana 2019 di Bandar Putra Permai , Seri Kembangan anjuran Persatuan Penduduk Kota Perdana
Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago