Kesihatan 25 Oct, 2019

CUBA MELUKIS... BOLEH BANTU MASALAH MENTAL!!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
PERCAYA atau tidak sebenarnya jika anda sedang melukis ia merupakan antara kaedah rawatan penyakit moden masa kini khususnya berkaitan masalah kesihatan mental.

Nizam mengendalikan acara Mari Melukis pada program Jom Sihat dan Hari Keluarga Kota Perdana 2019.


Terapi minda merupakan antara ciri-ciri "rawatan psikologi" untuk mengatasi masalah kesihatan mental yang menular dalam masyarakat moden hari ini. Aktiviti melukis merupakan antara kaedah terapi minda.

Melalui cara ini, ia disifatkan salah satu kaedah rawatan yang tidak memerlukan belanja besar dan masa agak lama hanya dengan bersantai melalui aktiviti melukis.

Dengan kegiatan berkenaan, seseorang boleh mencurahkan perasaan sebagai salah satu cara untuk meringankan masalah kesihatan mental yang dihadapi.

Individu yang terlibat boleh mencurahkan apa sahaja yang terdetik pada fikiran masing-masing dan merakamkannya sama ada di atas kertas, kain, kanvas, kulit binatang, kayu, buluh dan sebagainya.

Bagi Nizam, seorang pelukis tanah air yang lebih dikenali dengan panggilan Wak, kegiatan melukis boleh meringankan masalah tekanan perasaan dan kesihatan mental seseorang.

Peserta Mari Melukis memberi fokus dan tumpuan menyiapkan lukisan masing-masing.


Kerana melaluinya, seseorang akan fokus dengan apa yang dilakukan bila ia melukis dan secara tidak langsung mampu melupakan pelbagai masalah difikirkan.

Beliau menyatakan hal ini pada sesi Mari Melukis  kendaliannya di Karnival Jom Sihat dan Hari Keluarga Kota Perdana 2019 di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan baru baru ini.

Beliau mengendalikan sesi berkenaan di kawasan booth Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri Seri Serdang yang merupakan antara penganjur bersama program selain Smart Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dan Persatuan Penduduk Kota Perdana.

Aktiviti melukis antara kaedah terapi minda yang boleh membantu rawatan kesihatan mental.


Program yang berlangsung antara jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang di kawasan Taman Permainan Kanak Kanak Taman Kota Perdana dirasmikan oleh Exco Selangor yang juga ADUN Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Pada sesi berkenaan, Nizam memberikan kebebasan kepada orang ramai yang turut serta untuk melukis apa sahaja tajuk yang digemari bagi dicurahkan melalui lukisan. Sesi ini lebih disifatkan antara kaedah melakukan rawatan khususnya berkaitan kesihatan mental.

Selain melukis, katanya, pelbagai aktiviti saperti menjahit, berkebun, memancing dan pelbagai lagi boleh dijadikan sebagai kegiatan yang mampu mengurangkan dan akhirnya mengatasi masalah kesihatan mental seseorang.

Terdahulu pada sesi penerangan mengenai kesihatan mental, Dr Mohd. Zulfadli Hafiz Ismail dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling memberitahu, kes buli siber merupakan satu fenomena yang perlu diberi perhatian serius oleh anggota masyarakat pelbagai peringkat.

Dr. Mohd Zulfadli Hafiz Ismail daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.


Isu ini agak serius dan pengawalannya daripada peringkat kanak-kanak dan ia wajar bermula dari rumah.

Katanya, anak-anak remaja berumur kurang daripada 18 tahun yang terlibat dengan isu buli siber di negara ini agak serius dan hasil satu kajian mendapati bagi setiap empat orang seorang terlibat.

Masalah buli siber sebenarnya ramai anggota masyarakat tanpa sedar termasuk kalangan dewasa dan berumur terlibat sama.

Sebagai contoh melayari internet dengan tempuh lama tanpa tujuan tertentu termasuk melihat Facebook, paparan gambar-gambar tidak sesuai dan sebagainya. 

Dalam usaha membendung isu ini, ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan kepada anak-anak tidak kira masih pada peringkat kanak-kanak atau remaja.

Juga penggunaan gajet dan peralatan eletronik perlu dihadkan hanya untuk keperluan dan jangka masa tertentu sahaja.

Kaunter saringan kesihatan antara yang menjadi tumpuan orang ramai. 


Beliau berkata, sebagai ibu bapa janganlah hanya melarang anak anak mengunakan bahan berkenaan tanpa mengira masa dan keadaan sebaliknya, kita kenalah sama-sama melakukannya untuk menjadi contoh.

Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan asas ilmu siber dalam usaha memantau penggunanya dalam kalangan anak-anak.

Jika usaha pemantauan tidak dilaksanakan, ia boleh mewujudkan kompleks jiwa, tekanan perasaan, kemurungan dan enggan bergaul boleh berlaku dalam kalangan anak-anak. 

Beliau memberitahu, hasil satu kajian mendapati setiap dua orang daripada 7 orang kanak-kanak dan remaja merupakan pengguna tegar internet di negara ini.

Untuk itu, ibu bapa perlu aktif mengawasi dan mengawal selia anak-anak dan sentiasa berbincang sebagai kawan bagi membolehkan mereka faham tentang kebaikan dan keburukan internet, gajet dan bahan eletronik lainnya.

Pertandingan gubahan kreatif daripada buah-buahan.


Katanya, Pertubuhan Kesihatan Bangsa Bangsa Bersatu (WHO) ada mengeluarkan garis panduan tentang penggunaan gajet dan bahan eletronik oleh kanak-kanak dan remaja.

Anak-anak di bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan langsung menggunakan gajet dan menonton televisyen kerana bahan teknologi moden tersebut tidak membantu perkembangan minda mereka.

Bagi kanak-kanak berumur antara 2 ke 5 tahun hanya perlu meluangkan masa satu jam sehari, manakala yang berumur antara 5 ke 6 tahun hanya perlu empat atau lima jam sehari menggunakan gajet atau menonton tv.

Banyak cara untuk mendapatkan maklumat dalam usaha mendidik dan mengawal penularan kesihatan mental khusus yang berkaitan buli siber seperti dapatkan rawatan atau kaunseling dengan pakar-pakar berpengalaman atau mencari di laman-laman web tertentu yang berkaitan.

Demontrasi cara yang betul melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) oleh seorang fasilitator dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.


Exco Kerajaan Selangor yang bertanggungjawab mengenai Portfolio Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah yang ditemui salepas majlis perasmian memberitahu, program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan diperbaiki dan dipertingkatkan bagi membolehkan setiap warga emas di negeri ini dapat menikmatinya.

Untuk tujuan itu, peruntukan sedia ada berjumlah RM20 juta akan ditambah menjadi RM30 juta pada tahun depan.

Demontrasi  pertanian bandar cara-cara pembiakan tanaman mengikut kaedah mudah.


Dengan pertambahan in, katanya yang juga ADUN Seri Serdang, diharapkan semua warga emas yang berdaftar dapat menikmati bantuan berjumlah RM100 setahun dalam membantu melestarikan kehidupan harian mereka selain bantuan-bantuan peduli rakyat yang lain termasuk Skim Peduli Sihat.

Sejumlah 300,000 warga emas di Selangor layak menerima bantuan di bawah program SMUE dan data ini diperolehi melalui kerajaan persekutuan bagi mereka yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Program Jom Sihat dan Hari Keluarga Kota Perdana 2019 kali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya termasuk program 10,000 langkah berjalan kaki, senamrobik, pemeriksaan kesihatan merangkumi BMI, glukos, tekanan darah, kolestrol, saringan alkohol dan mental.

Selain itu, sesi demontrasi bantuan pernafasan (CPR) ,pemadaman api, pembiakan tanaman, penggunaan baja kompos, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan tuala, gubahan kreatif buah-buahan, gerai-gerai jualan, cabutan nombor bertuah dan kaunter khairat kematian.


Dr. Siti Mariah menyampaikan plak kepada salah seorang peserta yang menyertai kempen kawasan rumah bebas asap rokok.


Antara peserta yang menyertai acara berjalan kaki 10,000 langkah.


Penduduk dan orang ramai bertumpu ke kaunter khairat kematian Taman Kota Perdana.


Dr. Mariah menerima cenderahati daripada pihak penganjur program.

1
0
0
0
0
You will be interested

PERIKSA TEKANAN DARAH, DAPAT BERMAIN BATU SERIMBAN

Program Wanita dan Kesihatan 2019 anjuran Unit Komuniti Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago