Kesihatan 21 Oct, 2019

TEKNOLOGI, HARAPAN BAHARU BAGI PESAKIT STROK, URAT SARAF

@azmah dahari
Simple and classy

Share this
RAMAI tidak tahu, rehabilitasi kes strok (angin ahmar) perlu dilakukan dengan segera untuk memaksimumkan tahap pemulihan pesakit.  

Pusat Strok Jogohealth beralamat di No. 30G, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.


Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd, atau Pusat Strok Jogohealth Malaysia, menyediakan kemudahan bioteknologi terkini termasuk penggunaan teknologi Artificial Intelligent (AI), untuk mempercepatkan pemulihan pesakit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd, Priyaa Simmi memaklumkan ini adalah syarikat francais pertama bagi pusat strok di negara ini yang menggunakan bioteknologi yang membantu pengaktifan semula sel-sel otak yang telah cedera. 

"Ia bagi memudahkan pergerakan fizikal yang lemah atau lumpuh untuk berfungsi semula setelah mendapat signal daripada sel-sel otak yang telah diaktifkan menggunakan peralatan digital bioteknologi AI ini," jelas Priyaa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd, Priyaa Simmi.


Selain strok, pusat fisio ini juga merawat penyakit lemah pundi kencing, urat saraf, sakit lutut, kecederaan sukan, dan mati pucuk serta menyediakan semua jenis perkhidmatan fisio.  

Lokasi pertama pusat fisio atau Pusat Strok Jogohealth adalah di alamat, No.30G, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.  

Ia juga akan diperluas dengan membuka cawangan-cawangan baharu, bagi memudahkan rakyat Malaysia seluruh negara mendapat rawatan ini di setiap negeri lain.

Di Malaysia, terdapat 200,000 kes pesakit strok dicatat setiap tahun dan jumlah itu semakin meningkat. 

Berikutan itu, sudah menjadi satu keperluan wajib ada pusat rawatan strok di negara ini bagi memastikan pesakit strok dapat dipulihkan dan kembali bekerja bagi menyara keluarga masing-masing tidak seperti sebelumnya hanya terlantar di katil dan berehat di rumah.


Begitu juga dengan rawatan pundi kencing bagi golongan wanita. Kekerapan ke tandas dan tidak dapat mengawal otot dan pundi kencing menyebabkan kegiatan sosial dan rutin harian wanita juga terbatas.

Ramai yang merahsiakan penyakit mereka ini dan tidak mahu bersosial. Sedangkan dengan hanya 8 kali rawatan di Jogohealth ini mereka boleh sembuh dan tidak perlu memakai lampin pakai buang seumur hidup.

Sehubungan itu, dengan harga yang rendah melalui kelebihan bioteknologi terkini, ia mampu menyelesaikan masalah penghidap strok dan bagi wanita yang mengalami lemah pundi kencing.


Menurut Priyaa, dengan kos rawatan yang rendah dan berpatutan, kesihatan juga akan pulih kembali serta dapat melalui kehidupan normal seperti orang lain.  

Tambahnya, pihak Jogohealth sedia membantu pesakit menjalani rawatan sehingga pesakit pulih, maka tidak perlu khuatir akan keberkesanannya kerana setelah 9 tahun ia diuji di Amerika Syarikat dan India lebih 1,000 pesakit strok berjaya pulih dan menjalani kehidupan normal.


Sering menjadi persoalan jika sudah ada hospital kerajaan yang mempunyai rawatan percuma dalam pelbagai jenis penyakit mengapa perlu mereka pusat rawatan fisio persendirian dan membayar wang rawatan untuk fisio mereka? 

"Di Jogohealth ini, pesakit bukan hanya mudah untuk membuat temu janji fisio mengikut masa yang mereka kehendaki, malah kos rawatan juga rendah. 

"Semasa rawatan juga, mereka mempunyai ahli fisio terapi sendiri untuk melakukan fisio secara one to one dan tidak perlu berkongsi ahli fisio dengan pesakit lain dalam waktu yang sama," jelas Priyaa.

Malah, katanya lagi, dengan penggunaan peralatan digital bioteknologi yang terbaharu daripada Amerika Syarikat ia mempercpatkan lagi proses penyembuhan.  

"Jika sebelum ini rawatan strok misalnya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh, namun di Jogohealth hanya selepas 10 sesi mereka sudah melihat perubahan positif pada diri mereka.

"Pesakit juga turut dibekalkan dengan makanan kesihatan yang membantu urat saraf mereka yang lemah kembali pulih," tegas beliau. 

Pesakit boleh menghubungi 03-40323853 untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

6
0
1
0
0
You will be interested

PERIKSA TEKANAN DARAH, DAPAT BERMAIN BATU SERIMBAN

Program Wanita dan Kesihatan 2019 anjuran Unit Komuniti Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago