Kesihatan 30 Sep, 2019

TINGKATKAN PENGETAHUAN KAWALAN PENYAKIT TAK BERJANGKIT

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
USAHA ke arah meningkatkan pengetahuan mengenai kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) perlu pendedahan lebih meluas dan menyeluruh kepada masyarakat terutama golongan yang berusia.

Sebahagian peserta Kumpulan C menyiapkan tugasan kerja menandakan jawapan pada soalan disediakan penganjur.


Selain itu, perbincangan-perbincangan terutama yang melibat komuniti wajar diwujudkan dari semasa ke semasa dengan penyeliaan pihak bertanggungjawab mengenai bidang kesihatan. 

Langkah tersebut sudah sampai masanya dilakukan jika kita ingin melihat masyarakat moden hari ini bebas daripada bebanan berbagai penyakit tidak berjangkit saperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, kanser dan lain-lain.

Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling di Selangor dengan kerjasama organisasi penyelidikan RRI Internasional menganjurkan suatu program yang dinamakan "Program Bual Bicara Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit" di sebuah hotel di Puchong pada Ahad 29/9/2019, lalu.

Seramai 30 orang terdiri daripada ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Puchong Prima dan Seksyen 7 Lestari Perdana, terpilih mengikut program yang julung kalinya diadakan. 

Kedua-dua KRT ini mempunyai Unit Komuniti Sihat Pembina Negara  (KOSPEN) antara yang teraktif dan selalu menganjurkan program-program khususnya yang berbentuk kesihatan kepada komuniti di kawasan masing-masing.

Dr. Zainal Abidin Omar menerangkan mengenai usaha dan idea  bagi meningkatkan aspek kawalan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan komuniti kepada salah seorang fasilitatur (kiri sekali).


Pada program yang berlangsung setengah hari itu, pelbagai isu bagaimana cara meningkatkan pengetahuan dan penglibatan dalam kawalan penyakit tidak berjangkit lebih efektif.

Semua peserta yang dibahagikan kepada tiga kumpulan mengambil bahagian membincangkan isu-isu semasa serta cadangan bagaimana usaha mahupun kaedah perlu diambil supaya kawalan lebih baik dapat diwujudkan.

Program yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir 5.00 petang dikendalikan oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan dan diselia oleh pegawai dari PKD.

Penyelaras program Dr. Zainal Abidin Omar memberitahu tujuan program diadakan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan terkini bagaimana kaedah serta cara kawalan penyakit tidak berjangkit dapat disebarluaskan kepada masyarakat dan seterusnya dipraktikkan sebagai amalan harian.

Beliau gembira dengan penglibatan setiap peserta dalam perbincangan dan tugas kerja diadakan, dalam usaha ke arah menyumbang idea mahupun fikiran bagi sama-sama membantu mempertingkatkan usaha berkesan mengawal penyakit NCD dalam kalangan anggota masyarakat terutama yang sudah berusia lingkungan umur antara 50 tahun ke 75 tahun.

Peserta Kumpulan B mengadakan perbincangan  bagaimana cara untuk meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kawalan penyakit tidak berjangkit. 


Dalam perbincangan berjalan secara santai dan suasana harmoni, para peserta diberi peluang mengemukakan apa juga cadangan mengenai bagaimana langkah-langkah perlu dilakukan bagi menjayakan matlamat tersebut.

Juga peserta diminta melakukan tugas kerja menjawab soalan disediakan penganjur bagi mereka faham tentang sesuatu isu berkenaan dan membincangkannya dalam mencari rumusan secara bersama.

Hasil pemerhatian, program yang direncana dengan sebegitu rupa dalam suasana santai lagi harmoni didapati mampu memberi ruang kepada peserta mengemukakan cadangan dan idea lebih bernas.  

Antara perkara yang disentuh sama ada melalui saranan atau cadangan merangkumi aspek permakanan, aktiviti harian, penglibatan komuniti, kemudahan untuk kegiatan sukan dan riadah serta sikap individu terhadap isu kawalan NCD.

Antara pemerhati dari pihak penganjur yang mengikuti Program Bual Bicara Pengawalan Penyakit Tidak Berjangkit di Puchong, Selangor.


Suatu inisiatif perlu diambil untuk tindakan menyedarkan masyarakat supaya lebih peka dan mengambil berat terhadap isu ini secara berkesan.

Antaranya memberi bimbingan lebih awal kepada generasi muda terutama anak-anak sekolah melalui penyebaran maklumat tentang pentingnya usaha pengawalan penyakit berkenaan bagi melahirkan masyarakat sihat pembina negara.

 Peserta wanita yang mewakili KOSPEN KRT Seksyen 7 Lestari Perdana yang terpilih menyertai Program Bual Bicara Pengawalan Penyakit Tidak  Berjangkit di Puchong, Selangor. 


Program penerangan dan ceramah mengenai  isu ini menekankkan aspek pentingnya menjaga pemakanan yang sihat dalam kehidupan harian, gerak kerja yang mampu menyihatkan tubuh badan, penjagaan sekitaran yang selesa dan harmoni, memupuk nilai tanggungjawab bersama menjaga peningkatan  penyakit-penyakit yang tergolong dalam kategori  tersebut.

Dalam konteks ini, sewajarnya program sembang santai bertujuan mencungkil idea-idea bernas dan cadangan positif dapat diketengahkan ke arah mewujudkan masyarakat sihat, produktif dan inovatif.

Syabas kepada pihak PKD dengan kerjasama RRI Internasional yang merasakan bertanggungjawab bersama komuniti KOSPEN yang terlibat untuk melihat masyarakat di negara ini, khususnya mereka yang tergolongan sebagai penduduk sudah berusia, sentiasa berikhtiar menurunkan peratusan penghidap penyakit tidak berjangkit.

Sebahagian peserta wanita menyemak nama masing-masing.


Dr.Zainal Abidin Omar bersama peserta Kumpulan A.


Peserta Kumpulan B bergambar bersama Dr Zainal Abidin Omar.


Peserta dari Kumpulan B, Maznah Kasim bertanyakan sesuatu dengan Dr. Zainal Abidin Omar

0
0
0
0
0
You will be interested

TEKNOLOGI, HARAPAN BAHARU BAGI PESAKIT STROK, URAT SARAF

Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd menyediakan kemudahan bioteknologi terkini termasuk penggunaan teknologi Artificial Intelligent (AI), untuk mempercepatkan pemulihan pesakit.

Azmah Dahari in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago