Kesihatan 15 Oct, 2019

NAK JADI SIHAT? NAK JADI HEBAT? JAGALAH PEMAKANAN

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
PROGRAM permakanan dan kesihatan "Jom Sihat, Jadi Hebat" yang julung kalinya diadakan anjuran bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Selangor merupakan satu manifestasi membangun kesejahteraan kesihatan melalui perkongsian ilmu dalam usaha meningkatkan sekuriti makanan serta pemakanan komuniti.

Dr. Siti Mariah diberi penerangan mengenai tanaman sayur mengunakan kaedah hidroponik di salah sebuah gerai yang menyertai Program Pemakanan dan Kesihatan "Jom Sihat, Jadi Hebat".


Sehubungan dengan itu, program yang mengabungkan aspek makanan, permakanan dan pertanian bandar bertujuan memberi pendedahan kepentingan hubungan pertanian, makanan, pemakanan dan kesihatan kepada komuniti seiring dengan slogan "Dari Kebun Ke Meja Makan".

Program yang merupakan aktiviti pertama bawah Projek Pembangunan Komuniti Fasa 1 dijayakan oleh para pelajar Tahun Tiga Sarjana Muda Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti UPM, Serdang dengan kerjasama Pusat Tranfomasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM, Pertubuhan Amal Lestari Indah, Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 19 serta penduduk setempat.

Program yang diadakan pada Ahad (13/10/2019) lalu itu berlangsung di Taman Seri Indah, Lestari Perdana, Seri Kembangan dengan melibatkan penyertaan kira-kira 500 orang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Dr. Siti Mariah dalam ucapan perasmian meminta kaum wanita meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai penyediaan makanan sihat untuk keluarga.


Pengarah program, Profesor Madya Sin Jit Siew memberitahu, inisiatif yang dijalankan memberi fokus kepada komponen kesejahteraan kesihatan komuniti memandangkan masalah kesihatan terutama penyakit berat badan berlebihan (obesiti) semakin menular dalam kalangan masyarakat.

Malaysia, katanya merupakan salah sebuah negara pada kedudukan tangga teratas dalam senarai penyakit berat badan berlebihan dan menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan.
Lebih memburukkan lagi keadaan, fenomena ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak.

Memandangkan masalah kesihatan ini semakin menular, UPM mengambil inisiatif ke arah mencurahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesedaran masyarkat melalui aktiviti yang diadakan saperti senaman, pameran pemakanan dan kesihatan, demontrasi masakan sihat, saringan kesihatan dan konsultasi pemakanan sepanjang program berlangsung.

Salah seorang fasilitator menunjukkan cara yang betul bagaimana kaedah untuk mengesan denyut nadi seseorang kepada salah seorang remaja yang turut serta.


Langkah ini sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan dan pemakanan yang seimbang.

Bagi kanak-kanak, disediakan beberapa hentian dalam tujuan memenuhi objektif yang sama dengan pendekatan lebih interaktif dan sesuai dengan penerimaan usia mereka.

Malahan yang lebih penting, program yang dijalankan menekankan konsep kelestarian alam  sekitar yang membawa kepada tema "Dari Kebun Ke Meja Makan" dan "Go Green".

Kata Jit Siew, sebagai projek pelopor diharap tidak berakhir di sini, pihak UPM akan mengadakan bengkel bersiri "PUTRA Duta Pemakanan Sihat"  bagi memberdayakan komuniti dalam meningkatkan status pemakanan dan kesihatan di mana PUTRA sebagai duta pemakanan sihat.

Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak yang menyertai Program Pemakanan dan Kesihatan, "Jom Sihat Jadi Hebat" yang diadakan di Taman Seri Indah , Lestari Perdana, Seri Kembangan.


Melalui program "Jom Sihat, Jadi Hebat " ini komuniti setempat memperolehi manfaat, sekali gus mengamalkan info pemakanan yang diberi dan cara mengamalkan gaya hidup lebih aktif.

Program ini juga diharapan mampu memberikan suntikan semangat dan dorongan  kepada semua penduduk terlibat untuk mencapai kualiti hidup lebih sihat,

Wakil Pertubuhan Amal Lestari Indah, Dr Norsiah Jaharuddin berkata, inisiatif mengadakan program seperti yang diadakan itu sangat baik dan sesuai dengan keadaan semasa memandangkan pelbagai penyakit yang serius dan membimbangkan kini menjadi perhatian masyarakat.

Senaman merupakan antara acara yang disenaraikan pada Program Permakanan dan Kesihatan, "Jom Sihat, Jadi Hebat".


Sehubungan dengan ini, diharapkan penduduk yang terlibat dapat memanfaatkan segala peluang dalam meningkatkan kelestarian hidup lebih sihat. 

Dr. Siti Mariah pula dalam ucapan perasmiannya menyarankan supaya kaum wanita khususnya ibu-ibu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan yang betul sebagai usaha melahirkan masyarakat sihat dan berkualiti pada masa depan.

Langkah ini penting bagi mengatasi masalah penyakit berlebihan berat badan, penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit dan lain-lain yang kini merisaukan kerana peratusan penghidapnya agak tinggi.

Beliau yang memegang tanggungjawab  Portfolio Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga berkata, wanita merupakan orang penting dalam sesebuah keluarga dan mereke perlu bertanggungjawab membetulkan peranan melahirkan sebuah keluarga yang sihat, khususnya dalam menjaga aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan mengikut aspek yang betul.

Peserta yang ingin menyertai program berkenaan perlu mendaftar diri.


Katanya, masih ramai wanita kurang pengetahuan mengenai kaedah pemahaman penyediaan makanan sihat dan penjagaan kesihatan mengikut aspek yang betul berdasarkan piawaian ditetapkan.

Menurutnya, yang juga ADUN Seri Serdang, untuk itu kaum wanita terutama ibu-ibu kenalah berusaha memperbaiki keadaan dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada melalui pelbagai sudut dan bagi yang belum tahu wajar mempelajarinya segera untuk sama-sama meningkatkan status pemakanan dan kesihatan keluarga ke arah membina masyarakat sihat.

Ahli Jawatankuasa penganjur bergambar kenangan bersama Dr. Siti Mariah Mahmud selepas majlis perasmian.


Sebahagian Ahli Jawatankuasa yang terlibat dengan program berkenaan bergambar bersama Dr.  Siti Mariah, Dr. Norsiah Jaharuddin dan Sin Jet Siew serta kakitangan pejabat ADUN Seri Serdang.


"Sebagai konsep kasih sayang, kaum wanita wajar membentuk kehidupan ahli keluarga yang sihat melalui penjagaan penyediaan makanan dan kesihatan mengikut piawaian yang betul.

"Untuk ini setiap keluarga perlu ubah menu makanan harian kepada bahan makanan dan minuman berkhasiat yang merencatkan kewujudan pelbagai penyakit," ujarnya.

Dalam konteks ini katanya, bagi melahirkan sesebuah keluarga sihat, penyediaan piramid makanan yang betul dengan menumpukan bahan-bahan sayuran, buah-buahan tempatan bagi menggantikan yang diimport, manakala ikan boleh dijadikan menu alternatif menggantikan daging atau ayam.

Tidak perlu ikan-ikan yang mahal sebaliknya boleh gunakan ikan-ikan kecil yang harga jualannya berpatutan, tambahnya.

Pada majlis itu, Dr Siti Mariah selepas melakukan upacara perasmian meninjau gerai-gerai pameran yang keseluruhannya mengenai permakanan dan kesihatan, serta pertanian  bandar.

Pada keseluruhannya, program permakanan dan kesihatan "Jom Sihat, Jadi Hebat" ini banyak memberi pengetahuan berguna kepada setiap yang terlibat terutama komuniti setempat dalam konteks meningkatkan pembangunan kelestarian dan kesejahteraan kesihatan. 

Program seperti ini wajar lebih kerap diadakan bagi memberi kesedaran masyarakat mengenai pentingnya aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan yang betul.


Gerai yang menyediakan menu pemakanan sihat antara yang menjadi tumpuan dan turut dilawati Dr. Siti Mariah.


Gimik pelancaran perasmian yang dilakukan oleh Dr Siti Mariah dengan dibantu oleh Sin Jit Siew mempunyai makna yang tersendiri kepada para peserta terlibat.

11
0
0
0
0
You will be interested

TEKNOLOGI, HARAPAN BAHARU BAGI PESAKIT STROK, URAT SARAF

Jogohealth Stroke Centre (M) Sdn Bhd menyediakan kemudahan bioteknologi terkini termasuk penggunaan teknologi Artificial Intelligent (AI), untuk mempercepatkan pemulihan pesakit.

Azmah Dahari in Kesihatan 5 years ago

REKOD! 120 PEMBEDAHAN MATA DALAM DUA HARI

Seramai sembilan pakar bedah dari empat hospital terkemuka negara dibawa ke Hoshas, Temerloh, Pahang pada Khamis (15/11/2019) lalu bagi melakukan pembedahan mata
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago