Kesihatan 22 Nov, 2019

INGAT.. HABISKAN MAKAN ANTIBIOTIK ANDA!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

APABILA anda menerima rawatan doktor, selain diberi ubat bersesuaian dengan penyakit, biasanya anda juga diberi antibiotik. Peringatan daripada doktor ialah antibiotik mesti dihabiskan. Tetapi berapa ramai antara kita yang patuh dengan peringatan doktor ini? : KitaReporters.com

ANTARA jenis antibiotik di pameran 'Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2019' di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Ramai antara kita yang mengabaikan antibiotik apabila berasa sihat selepas memakan ubat yang diberi walaupun antibiotik itu masih berbaki. Kita ambil ringan mungkin kerana tidak tahu apa fungsi antibiotik dan kenapa ia perlu dihabiskan.

Jangan dianggap peringatan doktor itu sebagai suka-suka. Sementara ubat membantu menyembuhkan penyakit, antibiotik berperanan membunuh atau merencat bakteria bagi memastikan sakit tidak berulang.

GEGANTUNG 'Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2019' di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Sehubungan itu dalam usaha memupuk kesedaran ramai terhadap antibiotil ini, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), Titiwangsa mengadakan ‘Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2019’ yang dipenuhi dengan pameran  dan   ceramah. Program seminggu  ini berakhir Khamis (21/11/2019) lalu.

Kebanyakan penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria. Peranan antibiotik adalah untuk mengekang jangkitan bakteria ini.

Terdapat pelbagai jenis antibiotik kerana jangkitan bakteria adalah berlainan bagi setiap penyakit. Kerana itu antibiotik yang berbeza diperlukan. Hanya doktor yang tahu jenis antibiotik yang sesuai untuk diambil oleh pesakit.

PENJELASAN mengenai kerintangan antibiotik.


Untuk memastikan antibiotik berkesan, pengambilan mestilah dibuat dengan cara yang betul. Misalnya kuantiti atau sukatan dos yang diperlukan serta waktu pengambilan.

Penting untuk mengetahui sama ada pengambilan sebelum makan atau selepas makan. Sebelum makan biasanya bermaksud satu jam sebelum makan.

Perlu diingat, jika anda terlupa mengambil antibiotik pada waktu yang ditetapkan, jangan sekali-kali digandakan pengambilannya pada pengambilan seterusnya.

Juga jangan sekali-kali berkongsi antibiotik anda dengan orang lain atau menggunakan antibiotik masa kini untuk sakit-sakit lain pada kemudian hari.

Yang penting, seperti selalu diperingatkan oleh doktor, habiskan semua antibiotik walaupun sudah berasa sihat. 

RUANG pameran 'Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2019' di KKKL.


Ada dua sebab utama kenapa ini perlu dipatuhi. Pertama untuk mengelakkan jangkitan semula penyakit. Kedua untuk mengelakkan kerintangan (resistance) antibiotik.

Apabila berjumpa doktor, anda perlu memaklumkan jika ada memakan ubat-ubat tertentu. 

Ini penting untuk membolehkan doktor menentukan jenis antibiotik yang bersesuaian untuk anda. Dengan itu matlamat mengelakkan penyakit berulang akan lebih berkesan.

Kerintangan antibiotik alah keadaan di mana bakteria menjadi kebal kepada antibiotik. 

Kekebalan ini boleh menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk dan tidak boleh disembukan dengan antibiotik biasa. Justeru antibiotik yang lebih kuat diperlukan.

Setiap kali antibiotik diambil, bakteria yang sensitif akan dimusnahkan. Bagaimanapun bakteria yang kebal akan terus berkembang mengakibatkan hampir kesemua bakteria  tersebut menjadi kebal kepada antibiotik.

Kerana itulah pentingnya menghabiskan antibiotik yang diberi doktor pada peringkat awal untuk mengekang pertumbuhan bakteria dan mengelakkan berlakunya kerintangan antibiotik. 

Bakteria yang mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan lebih serius pada masa depan.

KAIN rentang 'Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2019' di KKKL.


Namun perlu diingat antibiotik hanya membunuh atau merencat pertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.

Bagi jangkitan virus, antibiotik tidak menyembuhkan jangkitan. Ia juga tidak melegakan sakit atau gejalanya dan tidak menghalang jangkitan pada orang lain.

Selain itu harus difahami, batuk dan selesema biasanya tidak memerlukan antibiotik, sebaliknya akan pulih dengan pengambilan air serta rehat secukupnya.

Sementara antibiotik membantu melawan bakteria untuk mengekang penyakit berulang, ia akan hanya memberi hasil berkesan jika digunakan menurut peraturan.

Sebaliknya, jika disalah guna ia boleh menyebabkan kerintangan antibiotik yang seterusnya menghilangkan kebersanan antibiotik berkenaan.

Oleh itu berhati-hatilah apabila anda dibekalkan antibiotik.  Makan ikut peraturan dan habiskan antibiotik anda! - KitaReporters.com

PETUGAS pameran 'Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2019' di KKKL memberi penerangan mengenai antibiotik kepada pengunjung.

2
0
0
0
0
You will be interested

PERIKSA TEKANAN DARAH, DAPAT BERMAIN BATU SERIMBAN

Program Wanita dan Kesihatan 2019 anjuran Unit Komuniti Pembina Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago

LAWATAN CUTI BELAJAR: HATI-HATI PILIH LOKASI!!

Guru dan ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih lokasi dikunjungi bagi mengelakkan risiko dan jangkitan wabak penyakit seperti selesema burung atau pun H1N1
Rashid Rahman in Kesihatan 5 years ago

'SIMPLYSITI DI HATI' LIMA PESAKIT JANTUNG...

Kempen selama dua bulan sepanjang November dan Disember 2019 bagi membiayai kos pembedahan 5 kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan
Fariza Saidin in Kesihatan 5 years ago

HATI-HATI MAKAN GULA-GULA 'SPORTS CANDY'

Himalaya Salt bukan boleh diambil suka-suka bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya
Yati Yazid in Kesihatan 5 years ago

CUBA MELUKIS... BOLEH BANTU MASALAH MENTAL!!

Karnival Jom Sihat dan Hari Keluarga Kota Perdana 2019 di Bandar Putra Permai , Seri Kembangan anjuran Persatuan Penduduk Kota Perdana
Isa Ramli in Kesihatan 5 years ago