UMUR sekadar angka dan terbukti apabila seorang warga emas berusia 83 tahun membuktikan usia tidak menghalang untuk dirinya aktif dan mampu melakukan aktiviti yang diminati.
Kenichi Horie, lelaki Jepun menjadi individu tertua di dunia berjaya merentasi Lautan Pasifik secara solo.
Perjalanan dua bulan itu membuatkan dia berjaya melakukan pelayaran merentasi Pasifik dari San Francisco, Amerika Syarikat.
Memulakan aktiviti pelayan pada Mac 2022 lalu membuatkan dia langsung tidak mengeluh dan melakukan pelayaran bersendiri tanpa henti sejak berlepas.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pelayaran
Menariknya pelayaran kali ini bukan yang pertama kali dilakukan sebaliknya beliau menjadi individu pertama yang berlayar secara solo dari Jepun ke San Francisco pada 1962.
Ketika itu usianya 23 tahun mengakui membuat pelayaran dalam keadaan ketakutan kerana tiada pasport dan bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa.
“Namun, kali ini berbeza kerana saya disokong oleh banyak pihak, malah saya sentiasa berhubung dengan mereka menerusi sistem pengesanan dan radio tanpa wayar,” katanya.
Kata Horie lagi, selain pelayaran tanpa pasport dia juga pernah belayar secara solo mengelilingi dunia pada 1974 dan melakukan pelayaran jarak jauh antara 1978 dan 1982.
Pelayan merentasi Pasifik tahun ini merupakan ekspedisi terbaharu Horie sejak 2008 apabila beliau berlayar dari Honolulu ke Selat Kii.
Berkongsi perkembangan dirinya, Horie berkata dia kini semakin hampir kegarisan penamat dan berada dalam keadaan kepenatan.
Malah turut berkongsi dia terpaksa berdepan arus kuat yang mencabar mental serta fizikalnya. - KitaReporters