Insan & Komuniti 05 Jan, 2023

Pengantin lelaki gigit jari! Isterinya hilang dibawa lari ketua kampung! Selepas lima hari bernikah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PENGANTIN wanita, IK bersanding dengan YF pada majlis pernikahan mereka di Desa Simpang Kota Beringin, Merigi, Kepahiang, Bengkulu, sebelum IK hilang dan dibawa lari mantan Kades pada 29 Disember 2022. - Kredit foto: radarutara.id


PENGANTIN lelaki mengigit jari dan berputih mata apabila isterinya yang baru dinikahi sejak lima hari lalu hilang dan dibawa lari oleh mantan Kepala Desa (Kades) atau Ketua Kampung di Bengkulu, Indonesia pada 29 Disember 2022 lalu. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang di Desa Simpang Kota Beringin, Kecamatan Merigi, Kabupaten Kepahiang, isteri pengantin lelaki itu yang bernama IK, 27, dikatakan, selepas beberapa hari selesai majlis persandingan, dia mengajak suaminya (YF), 35, untuk membeli bedak di sebuah kedai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. 

Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai di kedai bedak, IK menyuruh YF pulang ke rumah untuk mengambil payung dan apabila YF datang semula ke kedai tersebut mendapati IK sudah tiada, lapor portal radarutara.id pada 3 Januari 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan

IK sedang bersanding YF bersama saudara mara. - Kredit foto: Istimewa


Saksi yang melihat kejadian memberitahu YF bahawa IK telah menaiki sebuah kenderaan jenama Hilux berwarna putih dan hasil siasatan warga setempat Hilux tersebut adalah milik mantan seorang Kades Desa Air Putih, Kecamatan Marga Sakti Sebelat, Bengkulu Utara.

Selepas mencari merata tempat akhirnya IK dan mantan Kades itu dijumpai selepas dua hari kejadian di sebuah rumah di Kota Bengkulu.

Semasa ditemui, alangkah terkejut YF dan berputih mata apabila melihat isterinya kekal bersama bekas ketua kampung itu.

Kades terbabit yang berumur 52 tahun menjelaskan bahawa IK adalah isterinya dan mereka menikah siri tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa pelaku dan kini IK sudah mengandung dua bulan.


MANTAN ketua kampung (kiri) yang menikah siri dengan  IK. - Kredit foto: radarutara.id


Nikah siri adalah perkahwinan rahsia yang biasa diamalkan oleh masyarakat Indonesia bagi pasangan yang bermasalah untuk berkahwin. 

Pernikahan pasangan terbabit adalah sah jika mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan tetapi pernikahan mereka tidak didaftarkan di Kantor Urusan Agama (KUA) maka tidak sah di sisi undang-undang.

YF berkata, patutlah sebaik selesai majlis akad nikah pada malam 24 Disember 2022, IK tidak mahu bersamanya  dengan alasan isterinya masih berpantang dan tidak dapat tidur lagi dengan suaminya selama seminggu.


Kredit foto : Istimewa


``Patutlah IK berkata, dia ada pantang larang bersama suami meskipun sudah bernikah secara sah tapi rupa-rupanya dia berbohong kerana dia adalah isteri orang. 

``Dalam hal ini, saya tidak bersalah tetapi yang bersalah adalah IK kerana dia sendiri mengaku dia belum berkahwin lagi ketika jurunikah bertanya padanya sebelum upacara akad nikah dijalankan pada 24 Disember 2022,’’ kata YF kepada kades itu serta beberapa jiran yang turut sama mencari IK.

Mas kahwin pernikahan antara YF dan IK itu ialah Rp7 juta (RM1,993.00) dan peralatan emas tiga gram.

Berikutan dengan kejadian itu, YF telah membuat laporan polis akibat dia serta keluarganya dimalukan dengan perbuatan IK yang sudah bersuami tetapi mengaku belum berkahwin lagi. - KitaReporters


YF membuat laporan polis tentang penipuan mantan isterinya, IK. - kredit foto : Radar Kepahiang

10
15
0
18
1
You will be interested