Ada cerita pelek tapi benar dalam bidang perguruan di Indonesia.
Ini kerana Asmuni didapati terus mengajar sehingga usia 60 tahun, sedangkan usia persaraan bagi guru prasekolah (tadika) di Indonesia adalah 58 tahun.
Asmuni enggan membayar semula wang gajinya kerana sudah menggunakan keseluruhan gaji yang diterima. Tambahan pula, gaji yang diterima itu cukup kecil.
Tambah Asmuni dia diberitahu oleh rakan-rakan bahawa tugas sebagai guru tadika (TK) boleh dilanjut sehingga 60 tahun. Dan dia sudah memberitahu kepada bahagian pendidikan, kerajaan tempatan Jambi tetapi tiada jawapan.
Ini menyebabkan dia terus berkhidmat sebagai guru TK sehingga selesai 60 tahun. Dan dia tetap menerima gaji dan elaun dalam tempoh itu.
Bukannya surat penghargaan. Sebaliknya menerima surat tuntutan untuk mengembalikan wang gaji dan elaun yang telah diterima dalam tempoh dua tahun iaitu selepas 58 tahun iaitu sebanyak Rp75,016,700.
Bagi Asmuni, ia merupakan satu penganiayaan.
Bagi meluahkan situasi yang terjadi, Asniani membuat sidang media dan menjadi tular setelah dimuat naik oleh sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia.
Kini siapa yang bersalah dalam soal ini.
Apakah Asniani perlu membayar kembali gaji dan elaun yang diterimanya sedangkan dia telah terus berkhidmat sehingga 60 tahun?
Mengapa Asniani tidak diberi surat penamatan tugas ketika berusia 58 iaitu tempoh pencen sebenarnya?
Daripada komen ramai netizen, rata-rata menyatakan Asniani tidak perlu membayar balik tuntutan itu, sebaliknya menyalahkan pihak tertentu dalam kerajaan tempatan Kabupaten Muaro, Jambi atas kecuaian itu.