Insan & Komuniti 04 Sep, 2022

Video| Mula-mula curiga tapi ternyata jujur! Kisah peminjam dan meminjam! Inilah Keluarga Malaysia!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this



HIDUP tidak selalunya indah, adakalanya sangat mencabar dan seringkali berdepan dengan pelbagai masalah serta dugaan. 

Lebih-lebih lagi pada masa sekarang dengan keadaan ekonomi yang sangat meruncing dan pengangguran yang tinggi. Adakalanya sukar untuk meneruskan hidup dari sehari ke sehari.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan baik hati


Sebuah kisah kehidupan tular dalam aplikasi Tik Tok mengenai keperitan hidup, kejujuran dan keikhlasan. Sifat membantu seseorang sangat-sangat dipuji

Perkongsian menarik ini dikongsi oleh pengguna TikTok @nabil.mz3 yang menceritakan kisah dia membantu seseorang yang memerlukan bantuan yang nampak kecil tapi sangat bermakna kepada orang berkenaan

Ketika itu dia dalam perjlanan bercuti ke Pulau Pinang. 

Menurut Nabil, ketika dia berhenti di RnR, dia didatangi seorang pemuda yang kelihatan gelisah seolah-olah sedang berdepan dengan masalah. Rupa-rupanya pemuda berkenaan tak cukup duit untuk tambah nilai kad Touch n Go-nya

Pemuda berkenaan telah cuba menghubungi rakannya tapi mesejnya belum dibaca rakannya itu. Pemuda berkenaan turut menunjukkan baki akaunnya yang berjumlah RM10.50. 

Pemuda tersebut, kata Nabil, minta pinjam RM10 sahaja untuk cukup tambah kad Touch n Go-nya.



Cerita Nabil lagi pada awalnya dia menghulurkan RM50 sebagai sedekah, tapi pemuda berkenaan menolak dan meminta untuk meminjam hanya RM10 untuk top up saja. Dia ambil duit tu kemudian berjanji dengan Nabil cuba mencari duit pecah dan akan kembalikan duit lebih pada Nabil.  

Beberapa minit kemudian pemuda itu kembali pada Nabil dan memberitahu tak ada duit pecah, dan tak jadi pinjam kerana duit tu tak dapat ditukar. 

Melihat kesungguhan pemuda itu Nabil terus menyatakan untuk bersedekah duit berkenaan pada pemuda itu. Dia yakin pemuda itu berada dalam kecemasan dan jujur.



Pemuda berkenaan mengucapkan rasa bersyukur walaupun dia rasa sangat malu kerana terpaksa meminta dan cuba meminjam wang daripada Nabil. 

Paling terharu pemuda berkenaan meminta izin untuk guna duit berkenaan untuk makan juga. Nabil sempat mendoakan pemuda berkenaan selamat sampai kedestinasinya dan dipermudahkan urusan beliau.

Sesungguhnya hidup ini memang banyak masalah, kalau kita rasa kita susah ada orang lain yang lebih susah. 

Membantu orang yang dalam masalah sebegini adalah suatu usaha yang sangat murni, walaupun dalam hidup ini ramai manusia yang suka menipu dan ambil kesempatan. 

Apa pun jangan putus asa untuk terus berdoa. - KitaReporters


15
9
0
16
0
You will be interested