Insan & Komuniti 04 Apr, 2021

Video| Berhati-hati nak bersedekah! Takut ditipu lelaki ini yang berlagak jadi tua, cacat kaki

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Aksi lelaki ini menyamar sebaga pengemis berkaki tempang.

Anda mungkin biasa melihat pelbagai jenis manusia daripada golongan tua hingga kanak-kanak melakukan pelbagai gaya simpati dengan tujuan mengutip derma di mana-mana.

Sebahagian masyarakat mempunyai rasa simpati yang tinggi lalu sanggup menghulurkan duit syiling atau not kepada insan yang meminta sedekah itu. Ini menyukarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menangkap para pengemis yang melakukan kesalahan mengemis itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengemis


Bersedekah memang dituntut agama, namun bersedekahlah kepada orang yang tepat. Jangan nanti anda menghulurkan duit kepada orang yang sebetulnya menyamar.

Ketika pandemik Covid-19 melanda, semakin ramai orang cuba mencari duit lebih  termasuk dengan menyamar sebagai pengemis. 

Salah satu aksi penyamaran seorang lelaki menjadi pengemis bagi mendapat wang sempat dirakam di jejambat (flyover) di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor pada Ahad malam, 28 Mac 2021.

Seorang pemuda dikenali sebagai Faid Mustafa memerhatikan seorang lelaki yang bersikap mencurigakan dengan menjadi lelaki berkopiah, berbaju Melayu dan berjalan tempang mendekati kenderaan di atas jejambat dan menghulurkan bekas wang. Tidak lama kemudian lelaki ini menuju ke bawah jambatan.




Video ini merakamkan lelaki yang masih sihat itu menukarkan pakaian menyamarnya di bawah jejambat dan dimasuk ke dalam beg plastik dan dia hanya tinggal seluar pendek lalu memakai semula kemeja-T dan seluar jean warna birunya.

Dia kemudian mengira wang yang diterima kebanyakannya not seringgit dan menyimpannya dalam begnya. Dia kemudian menaiki jejantas dan berjalan lalu.

Faiq tidak sempat merakamkan kejadian seterusnya. Namun Faiq dapat melihat lelaki itu menuju ke sebuah kereta jenis Nissan Almera lalu memandunya meredah malam.



Video yang dirakam Faiq disunting semula dan dimuat dalam video tiktok @shahrulrahman.

Video ini dapat memberi contoh terdapatnya individu atau sindiket menipu orang ramai bagi memungut wang.

Ia adalah satu peristiwa yang sempat dirakam sedang banyak lagi penipuan sebagai peminta sedekah yang tidak dapat dirakam.

Apa yang penting mulai sekarang orang ramai perlu berhati-hatu memberi wang kepada peminta sedekah. Takut-takut kita yang memberi sedekah sebenarnya ditipu oleh individu atau sindiket tertentu. - KitaReporters



0
1
2
1
0
You will be interested