Kisah Insan 25 Mar, 2021

Wahai petugas kebajikan! Hendak tolong, tolonglah! Jangan pula dikecam mereka tu anak haram!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA 5. Advisor Takaful Great Eastern Berhad

Share this

Bayi ini, Baby Nur mengalami masalah penyakit kulit yang teruk, tetapi gagal diberi bantuan dengan alasan ibu atau penerima tiada dokumen atau perkahwinannya tidak sah. - Kredit foto-foto: Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF)


"BERSEPAH-SEPAH jaga manusia yang takde dokumen... menyenangkan hidup mereka bagi segala kemudahan atas sebab ihsan.. sehingga ramai yang ambil kesempatan." Itu adalah kata-kata yang diucapkan oleh seorang petugas kebajikan yang diamanahkan untuk membantu golongan asnaf. 

"Ini duit zakat. Takkan awak nak bagi anak-anak awak makan, haram tu," tambah petugas itu lagi. 

Kata-kata pedih itu diucapkan oleh petugas yang dipertanggungjawab untuk mengagih-agihkan bantuan bagi pihak kerajaan. Akibatnya, bantuan tidak diberikan dengan alasan, keluarga bayi itu tidak ada dokumen dan perkahwinan mereka `tidak sah`, lantaran anak itu anak haram. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF):

https://kitareporters.com/search?search=pkuf


Jika inilah sikap petugas kebajikan berkenaan, bagaimana usaha membantu masyarakat dapat menepati sasarannya. 

Benarlah kata-kata sesetengah orang, bila kita susah mana ada yang mahu tolong. Ungkit ada lah lagi, siap dikeji, kecam lagi dan kalau boleh saudara mara pun mahu `buang` dalam senarai ahli keluarga. 

Kita tak tahu, orang miskin itu sebenarnya adalah ujian Tuhan kepada kita kerana Allah SWT sudah berfirman, "dalam rezekimu ada terselit rezeki orang lain." 

Celaan itu yang menyentap jiwa seorang ibu muda, Yanti Aten, 28, yang `terduduk` menangis beberapa hari.


Kulit menjadi luka sebab Baby Nur garu kerana gatal


Antara sakit hati dan ingin menyelamatkan nyawa anak kecilnya yang berusia enam bulan, Yanti terpaksa menahan diperli sebegitu ketika memohon bantuan rawatan perubatan untuk anaknya yang menghidap sakit kulit ekzema, tahap kronik apabila seluruh kulit badannya berdarah kerana digaru oleh bayi berkenaan.

Ketika ditemui, kata Yanti, demi nyawa anaknya, dia menelan semua kejian itu bersama air mata. 

Tangisan seorang ibu menyedarkan sekumpulan sukarelawan lain yang kemudian membuat satu tindakan segera  membabitkan  usahasama dengan jawatankuasa Masjid Cahaya Iman di Bandar Country Homes, Rawang dan pengurusan Zakat Selangor yang `turun padang` untuk membantu bayi dan keluarga berkenaan. 

Dan kini keluarga Yanti bersama enam lagi anaknya sudah diberikan rumah sewa yang bahru dengan tiga bilik tidur dan ruang tamu yang selesa. Sewa itu akan dibayar oleh pihak Zakat Selangor dan perbelanjaan dapur juga akan disediakan sementara suaminya mendapat kerja.

Sebelum ini, suami Yanti bekerja sebagai buruh dengan upah RM50 sehari, namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tiada kerja.


Baby Nur diselamatkan dan dikejar ke klinik untuk dirawat segera.


Bagi mewakili penyumbang utama, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Fillah (PKUF), Murniati Usman berkata pihaknya dalam proses mendapatkan dokumen untuk membolehkan anak-anak Yanti dapat belajar di sekolah kerajaan kerana mereka warga negara ini, berasal dari Sabah.

Ketika ditemui, katanya, keadaan bayi itu juga sudah sihat selepas sebuah klinik perubatan memberi rawatan percuma dan pemilik klinik itu juga, memberi sedekah beberapa kotak susu formula khas untuk bayi itu bagi menggantikan susu krimer yang diberikan oleh ibunya kerana dia tidak mampu membeli susu berkenaan.

"Keadaan kulit bayi ini juga bertambah baik, bersih dan tidak lagi tompokan darah kering. Selain itu, penderma juga bersedekah peti ais, pakaian, tilam dan barang-barang dapur seperti beras, gula, gandum dan biskut," katanya.

Sebelum ini rumah yang didiami Yanti dipotong bekalan elektrik dan air kerana sudah beberapa bulan bil tidak dapat dibayar dan sewa rumah juga dua bulan tertunggak. 


Murniati Usman bersama Baby Nur sudah semakin pulih.


Masa pertama kali ke rumah lama itu, Murniati juga mendapati bekalan makanan mereka sudah kehabisan. Dan tindakan Yanti meminta bantuan PKUF adalah jalan terakhir menggelakkan anaknya  daripada`mati` kelaparan. 

Sebelum itu, Murniati berkata, "Saya melihat satu mesej WhatsApp daripada seorang ibu yang memberitahu anaknya berusia 6 bulan menanggung penderitaan sakit kulit dan selepas bimbang keselamatan anak ini, saya terus minta dia bawa anaknya ke tempat saya untuk dihantar ke klinik. 

"Ibu ini memberitahu dia tiada wang untuk tambang Grab dan bila melihat bayi ini seluruh badannya dipenuhi darah, air mata terus tertumpah dan saya tidak menangguhkan lagi terus kami ke klinik berdekatan." kata Murniati.

Beliau memberitahu ibu itu mempunyai enam lagi anak lain yang ditinggalkan di rumah tanpa makanan. Mereka berusia enam bulan sehingga 11 tahun.

Sejak Murniati memuat naik video keadaan bayi itu, bantuan datang mencurah termasuk bekalan susu formula, lampin bayi dan makanan untuk anak-anaknya yang lain.


Pederma hantar lampin pakai buang untuk Baby Nur


Penderitaan anak kecil itu hanya diketahui oleh pertubuhan itu selepas Yanti imemohon supaya anak-anak tahfiz mendoakan agar anaknya segera pulih.

"Kami dan keluarga bayi Nur mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada pihak zakat Selangor, NGO-NGO, sahabat usrah Masjid Cahaya Iman, jiran tetangga, pederma perseorangan dan ramai lagi yang turut  membantu keluarga bayi Nur yang luar biasa sambutannya.

"Selain membantu bayi ni, saya juga sedang menjalankan misi lain menghantar dan mengambil  bantuan kerana sejak kes bayi itu, beberapa kes berkaitan kami terima termasuk seorang ibu yang dikejarkan ke Hospital Selayang dalam keadaan badan sudah kebiruan dan terketar-ketar kerana kesakitan tidak dapat meneran untuk bersalin.

"Ibu ini menjalani pembedahan yang menelan belanja hampir RM8,000. Terima kasih, saya hargai bantuan tuan-puan semoga Allah membalas jasa baik tuan puan," kata Murniati. - KitaReporters


Yanti dengan anak-anaknya yang kini ditempatkan di sebuah rumah yang lebih selesa.

10
6
9
1
1
You will be interested

Selepas 73 tahun! Buku dipinjam dari pustaka akhirnya dipulangkan semula! Jumlah denda RM16K!

Tular cerita mengenai Perpustakaan Awam Dunfermline, Scotland apabila sebuah buku berjudul Statley Timber hanya dipulangkan kembali selepas 73 tahun dipinjamkan

Mohamed Sa'ari in Kisah Insan 1 week ago

Kay terokai lombong emas! Kini bekal mesin dobi layan diri! Bukti ibu tunggal boleh juga hebat!

Datuk Kay bukan status ibu tunggal tidak halang dia berjaya selepas membabitkan diri dalam perusahaan melombong emas mentah di Kuala Lipis, Pahang.
Mohammad Ishak in Kisah Insan 1 day ago

Alhamdulillah! Anak-anak Daurah Tahfiz terima jubah, keperluan asas! Tajaan para penderma budiman

Penantian pelajar-pelajar di 2 sekolah tahfiz di Bandar Country Homes untuk dapatkan jubah sebagai pakaian seragam pengajian akhirnya didengari penderma budiman
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 2 days ago

Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat

Seramai 30 pelajar IKBN Pekan sertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan. Kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Samsudin Oli Mohamed in Kisah Insan 2 days ago

Video| Gara-gara cemburu buta, panas baran! Pengantin baharu maut disimbah asid suami sendiri!

Pengantin baharu, Sarah, 21, meninggal akibat disimbah air keras atau asid oleh suaminya, warga Arab Saudi, AL, 29, dalam kejadian yang berlaku di Cianjur, Jawa
Adnan Mohamad in Kisah Insan 3 days ago