MARILYN MONROE, Maria Anna Cecilia Sofia Callas and Jackie Kennedy Onassis, antara seri dewi yang dikatakan hampir sempurna ciptaan makhluk abad ke-20. Apa yang sama tentang tiga wanita ini. Mereka berkongsi batang tubuh dan cinta dari dua lelaki berpengaruh, Presiden Amerika, John F Kennedy dan billioner kapal Greek, Aristotle Onassis, serentak dan secara bergilir.
Posing seksi Marilyn Monroe.
Begitu aneh percaturan hidup mereka dan hanya mati yang memisahkan cinta mereka.
Marilyn dilahirkan sebagai Norma Jeane Baker dikenang sebagai pelakon, penyanyi, model dan penggoda berambut perang.
Dari dara pinggitan dan ditinggalkan ibunya yang terpaksa ke wad gila, dia bekerja kilang, berkahwin dengan askar yang bertugas jauh di perbatasan sebelum muncul sebagai model popular. Malah ketika perang Vietnam, hampir semua GI Joe Amerika menampalkan poster Marilyn sebagai penyedap mata.
Jackie dan Kennedy.
Jackie @ Jacqueline Bouvier Kennedy pula, waris keluarga bangsawan bertaraf raja di Amerika, muncul wanita pertama dinobat sebagai ikon antarabangsa yang mencipta gaya hidup keluarga yang baru menerusi cetusan budaya berfesyen yang menjadi ikutan penduduk dunia.
Maria callas dewi opera.
Maria Callas dikenali sebagai penyanyi opera terbaik abad ke-20. Anak kelahiran Amerika Greek ini melarikan diri ke Eropah dan dikatakan artis yang memiliki lantunan suara opera yang sempurna dan dramatik.
Takdir mereka bertiga 'ditemukan' dalam kitaran cinta dua lelaki, 'berkongsi cinta' dalam jarak masa yang mengasyikkan. Kemudian seorang demi seorang dijemput maut sehinggalah yang terakhir apabila Jackie meninggal dunia di New York pada 1994 akibat barah limfomia. Jackie tetap kekal hebat, akhir hayatnya dia mati ditemani kekasih yang juga suami orang.
Jackie dan John F Kennedy di hari kahwin mereka.
Kisah Jackie dari fotojournalis berkahwin dengan Kennedy usai interview misi calon gabenor muda itu. Walaupun sudah ada kekasih hati, Kennedy tidak boleh menggelakkan dari jatuh cinta dengan Jackie.
Mereka berkahwin dan sebaik menjadi presiden, suaminya terpikat pula kepada artis muda, Marilyn Monroe yang sedang membina nama di Hollywood.
Demi kelangsungan hidup, Marilyn merelakan dirinya menjadi kekasih dambaan Presiden dan dan adiknya, Robert Kennedy.
Kemudian bila kedua-dua anak Kennedy itu mati dan Jackie dilamar menjadi isteri Onassis. Ketika itulah juga Maria Callas sedang mengulik cinta bersama billioner kapal dari Greek itu.
Hikayat cinta mereka bertiga bermula dengan Jackie merampas kekasih orang kemudian suaminya dirampas oleh Marilyn dan Jackie sekali lagi merampas kekasih Maria Callas. Anehnya cara mereka bercanda bergerak suasana yang tersusun dan sangat 'cantik'.
Marilyn berjumpa presiden secara sembunyi tetapi satu dunia boleh hidu hubungan itu yang ditulis gossip.
Jackie pula ketika jadi isteri presiden boleh menemui pakaian wanita berselerak di kediaman mereka malah pesta tarian bogel kerap diadakan di kolam renang dihadiri oleh presiden.
Masa tu juga Marilyn sedang menjulang nama di Hollywood dalam filemnya, Some Like It Hot, Gentlemen Prefer Blonde, The Seven Year Itch, The Prince and The Showgirl dan How To Marry A Millionaire.
Dan masa yang sama di Eropah, Maria Callas menambat hati Aristotle Onassis ketika sedang menempa nama di pentas opera Eropah. Maria Callas meninggalkan suaminya, Giovanni Meneghini seorang industrialis untuk berskandal dengan Onassis.
.
Maria Callas dan Aristotle Onassis.
Maria Callas menempa nama dengan Royal Opera Of Athens. Dengan bantuan pengurusan bekas suaminya, dia mencipta nama di banyak panggung Opera di Amerika dan Eropah. Hanya bila bertemu Onassis, bibit cinta mereka bermula.
Maria Callas tetap meneruskan kerjaya operanya selepas kematian Onassis dan persembahan terakhirnya pada 1965 yang dihadiri Ibu Ratu Elizabeth.
Lebih pahit dalam usia tua, dia buat macam-macam kerja untuk mencari duit mengubati anaknya yang sakit, tetapi akhirnya pada 16 September 1977, Maria Callas mati di kediamannya di Paris dalam usia 53 tahun. Serangan Jantung. Dua tahun selepas kematian Onassis.
Ketika mengorat Maria Callas inilah Onassis akan mempelawa Jackie berlibur di atas kapal miliknya. Masa itu mesti mereka tahu hati itu milik siapa dan siapa memiliki siapa. Masa dan peristiwa saja yang akan mengikatkan mereka dalam kisah dongeng cinta itu. Kerana dikatakan perkahwinan Jackie-Onassis sangat merobekkan hati Maria Callas walaupun ada usaha dari lelaki itu untuk terus memikatnya.
Malah Jackie pun tahu Marilyn mempunyai hubungan sulit dengan suami dan adik iparnya. Ternyata bila Marilyn dijemput untuk mengalunkan lagu hari jadi pada Kennedy, dunia gempita. Marilyn juga mempunyai impian menikahi presiden dan meminta lelaki itu menceraikan Jackie.
Malangnya sebelum Marilyn membuka mulut kepada media tentang skandalnya, dia ditemui mati di rumahnya pada 5 Ogos 1962 di Brentwood, Los Angeles. Marilyn pernah berkahwin dengan Arthur Miller dan Joe DiMaggio.
Tamat sudah saingan bagi Jackie tapi kematian tetap mengekorinya, meragut kebahagiaannya.
Daripada keguguran anak ketika menikahi Presiden Amerika serta billioner Onassis, dua lelaki itu meninggalkannya terlebih dahulu. Kennedy presiden 'playboy' mati ditembak di Dallas ketika kemuncak konflik dunia, manakala Onassis menderita radang paru-paru.
Jackie dan Onassis.
Berkahwin dengan Onassis lebih kepada figuris bapa untuk anak-anaknya yang waktu mereka dikatakan diancam selepas Kennedy ditembak di Dallas. Jackie membawa anak-anaknya yang masih kecil tinggal di Greek kerana Onassis memiliki sebuah Pulau Skorpios.
Bibit cinta terhadap Onassis dah lama kerana Onassis adalah kekasih adiknya, Lee Radziwill. Akibat kemurungan selepas beberapa peristiwa tragis termasuk keguguran anak, Onassis akan mempelawa Jackie dengan ditemani Radziwill belayar bersamanya dan dilayan bak permaisuri.
Hanya selepas kematian Kennedy, sepantasnya Onassis menyelamatkan mereka dan untuk menghindarkan kejian adalah dengan menikahi bekas wanita pertama itu.
Bayangkan dengan jarak umur 25 tahun mereka dan hanya selepas kematian adik iparnya yang menjadi peguam negara, Robert Kennedy yang kerap kali juga dianggap 'kekasih gelap' Jackie, baru dia setuju berkahwin dengan Onassis.
Jackie dilamar Onassis dengan satu klaus khas Onassis diberi hak menemui dan berkasih sayang dengan Maria Callas yang setia menanti cintanya. Dan bagi mengubati hatinya, Jackie yang masa itu sudah dikenali sebagai Jackie O berbelanja semewah-mewahnya duit suaminya yang terus menimbulkan konflik pada anak-anak Onassis dengan meminta bapanya menceraikan wanita Amerika.
Salah satu kerakusan itu apabila setiap hari kapal terbang pergi 300 kilometer untuk mendapatkan roti sarapannya. Masa ini juga Onassis mencari balik Maria Callas untuk merawat hatinya.
Fesyen Jackie diteruskan oleh ikon Lady Diana.
Anak perempuan sulung, Christina Onassis yang ketara benci dan menganggap Jackie O si pembawa 'sial' selepas adiknya maut apabila kapal terbang dinaikinya, terhempas.
Jackie O menjadi sosialis yang kerap terbang ke Amerika melawat kediamannya, kemudian berada di London dan Paris. Ternyata kebebasannya tiada halangan daripada Onassis kerana semua kawan rapat tahu mereka berkahwin demi persahabatan.
Sebelum Onassis menyiapkan pelan penceraiannya, dia mati terlebih dahulu. Dan Jackie menjadi orang paling kecewa sekali lagi selepas kematian billioner tu pada 15 Mac 1975 di Paris.
Pemandu Onassis berkata, Maria Callas adalah 'isteri' Onassis yang benar-benar dicintai lelaki tua itu walaupun mereka tidak pernah berkahwin.
Anak Onassis, Christina juga berhempas pulas melawan kes tuntutan mahkamah dan memberi $25 juta dolar asalkan Jackie keluar dari senarai pewaris Onassis.
Dalam usia 39 tahun, berkahwin dengan Onassis dan pada umur 45 tahun, sekali lagi menjadi balu. Apapun Jackie O pulang sebagai wanita kaya baharu dan kembali kepada kerjaya asalnya sebagai penyunting buku untuk mengisi masanya.
Jackie pencetus budaya fesyen