Dunia 03 Nov, 2019

KEJAM! ANGKARA SEORANG DOKTOR, 900 KENA HIV

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

DUNIA kanak-kanak pasti penuh fasa bahagia, fokus utama mereka adalah bermain sahaja, bermula dari awal pagi sehingga kembali melelapkan mata. Namun sayangnya, apabila kebahagiaan anak-anak kecil itu direntap dengan kesakitan.

Kedudukan Rato Dero dalam wilayah Larkana di wilayah Sindh, Pakistan. 


Terbaharu di selatan Pakistan apabila kira-kira 900 kanak-kanak dikesan dijangkiti kuman HIV selepas doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan dipercayai menggunakan jarum yang sama berulang kali.

Kejadian yang berlaku di Rato Dero itu mula dikesan selepas sebilangan besar kanak-kanak di kawasan itu dilaporkan demam teruk pada awal tahun ini.

Terdahulu, penduduk kampung Wasayo, pinggir Larkana di wilayah Sindh itu sering mengunjungi klinik seorang doktor yang bernama Ghanghro, yang menawarkan perkhidmatan yang murah di kawasan berkenaan.

Memetik laporan thesun.co.uk, doktor Ghanghro hanya mengenakan caj sebanyak 30 rupee (RM0.80) kepada pesakit yang mendapatkan perkhidmatan dengannya.

Selepas wabak tersebut tersebar, kira-kira 1,100 kanak-kanak di kawasan berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan dan 900 orang daripadanya disahkan mengalami positif AIDS.


Kemarahan dan ketakutan dilihat menyelubungi perkampungan miskin akibat penyebaran wabak itu yang disifatkan oleh pihak berkuasa berpunca dari kecuaian atau perbuatan khianat doktor tempatan.

Lebih memilukan, kebanyakan yang menjadi mangsa adalan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua yang dijangkiti HIV itu adalah kanak-kanak yang pernah mendapat khidmat di klinik Ghanghro.

Doktor yang merawat di klinik berkenaan didapati menggunakan jarum tercemar yang telah dibuang di dalam tong sampah dan kemudian menggunakan semula untuk memberikan suntikan kepada kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Malah, ada ibu bapa yang mendakwa klinik Ghanghro juga menggunakan jarum yang sama terhadap 50 orang kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Pasti, anak-anak itu tidak tahu apa-apa, namun terpaksa menerima akibat perbuatan orang lain… sungguh kejam!


3
1
7
0
0
You will be interested

[VIDEO] MALAYSIA, PAKISTAN, TURKI WUJUDKAN SALURAN TV

Bersetuju untuk mewujudkan saluran televisyen berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran Islamophobia

Mohd. Hazli Hassan in Dunia 4 years ago

KERETA MEWAH UNTUK 14 ISTERI DAN 23 ANAK

RAJA Mswati III dari Swaziland membelanjakan AS$17 juta (RM70 juta) bagi membeli ratusan kereta mewah untuk 14 isteri dan 23 anaknya ketika kegawatan ekonomi melanda negara itu
Samadi Ahmad in Dunia 4 years ago

TIGA WANITA CINTA DUA LELAKI BERPENGARUH

Marilyn Monroe, Maria Anna Cecilia Sofia Callas and Jackie Kennedy Onassis berkongsi batang tubuh dan cinta dari dua lelaki berpengaruh, John F Kennedy dan Aristotle Onassis,
Kartini Mohd Noor in Dunia 4 years ago

IDEA UNIK, MENARIK! JOM BUAT KAT MALAYSIA...

Pereka, Will Breaux semakin terkenal setelah berjaya memiliki sebuah rumah yang dibina hasil rekaan daripada kontena perkapalan (kargo) di Houston, Texas, Amerika Syarikat
DSA Wahab in Dunia 4 years ago

KERANA BERHIJAB, NOOR ALEXANDRIA DIHALANG

Noor Alexandria Abukaram, 16, dihalang menyertai pertandingan merentas desa apabila mengenakan hijab dalam satu pertandingan sukan di Amerika Syarikat
Samadi Ahmad in Dunia 4 years ago