SEORANG remaja Islam, Noor Alexandria Abukaram, 16, menempuh detik hitam apabila beliau hilang kelayakan dan dihalang dari menyertai pertandingan merentas desa apabila mengenakan hijab dalam satu pertandingan sukan di Ohio sebuah negeri di Barat Tengah, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Dari https://www.facebook.com/NoorAlexandriaAbukaram/
Keputusan larangan beliau menyertai acara itu dikeluarkan oleh seorang pegawai Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio yang menyatakan undang-undang menyertai sukan itu berubah dari semasa ke semasa.
Keluhan Noor Alexandria itu dipetik melalui Facebooknya Khamis lalu apabila menulis: "Ia seperti mimpi ngeri menjadi kenyataan" yang kemudiannya dilapor seorang penulis sebuah akhbar antarabangsa, The New York Times, Liam Stack yang diciap dalam laman Twitternya pada hari Sabtu minggu yang sama.
Hantaran laporan akhbar berkenaan yang diciap dalamm laman Twitter sejak seminggu lalu itu dikongsi sebanyak 1,299, manakala 9,314 lagi menyukainya.
Melalui siaran akhbar itu, Noor Alexandria menyatakan pendapat bahawa larangan dikenakan penganjur itu bersifat diskrimanasi terhadap amalan beragama yang dikenakan kepada dirinya termasuk semua wanita Islam di negara itu.
Sebelum dihalang menyertai sukan itu, Noor Alexandria pernah menyertai enam pertandingan sebelum ini termasuk bermain bola sepak dan berjogging selama dua tahun dengan mengenakan tudung dan baju lengan panjang.
Beliau yang pernah mewakili sekolahnya sebelum ini dan telah menyertai sebanyak tiga program sukan peringkat menengah sejak 2016 dengan mengenakan tudung dan tidak pernah mendapat perintah halangan.
"Pada awalnya, saya merasa gembira kerana pasukan kami menyertai pertandingan itu, namun rasa terkejut dan sedih apabila mengetahui melalui pemeriksaan mendapati tiada nama saya dalam senarai peserta.
"Senarai penyertaan saya igugurkan dan pihak penganjur juga tidak memaklumkan bagi menghalang peserta berhijab untuk menyertai pertandingan itu."
Dari https://www.facebook.com/NoorAlexandriaAbukaram/
Noor Alexandria turut meluahkan rasa kebimbangan kerana terdapat segelintir pegawai sukan yang menimbulkan masalah kepada dirinya ketika mengadakan pemeriksaan tudung yang digunakannya termasuk rakan pasukannya yang diarah menukar pakaian kerana dikatakan tidak sesuai ketika menyertai aktiviti itu.
"Salah seorang pegawai pertandingan mengarahkan rakan pasukan untuk menukar seluar pendek dan beliau akur berbuat demikian bagi melayakkan dirinya menyertai pertandingan itu.
"Pakaian yang saya gunakan ini adalah sama yang digunakan oleh atlet sukan berpagar Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad ketika menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 yang memenangi pingat gangsa.
"Saya benar-benar dimalukan seperti badut dan pada masa, penyertaan juga dibatalkan. Semua orang tahu, kecuali saya," katanya.
Rata-rata netizen yang berkongsi momen dalam laman Facebooknya turut kesal dengan kejadian itu, di samping memberi sokongan kepada Noor Alexandria.
Sepupu beliau,Sylvania Northview turut berkongsi dalam Facebook dan menulis, atlet Amerika yang menyertai sukan Olimpik Musim Panas 2016 juga mengenakan pakaian yang sama dan bagaimana masih ada pihak yang bersikap diskriminasi dalam soal agama ketika ada dalam kalangan atlet yang berhijab.
Beliau turut memberi peringatan, pakaian yang diguna oleh Noor Alexandria itu direka khas oleh pengeluar jenama pakaian sukan terkemuka, Nike yang menyediakan pakaian khusus untuk wanita Islam berhijab.
Bagi Ken Clark, yang turut bersimpati dengan insiden itu, menulis dan menasihatkan Noor Alexandria untuk menjaga kepala (rambut) bagi memastikan beliau mengikuti syariat Islam dan tidak tersasar dari kehidupan.
Beliau juga berharap Noor Alexandria mengambil sikap positif dalam menghadapi kesulitan itu dan menjadikan insiden itu sebagai penguat dirinya untuk menghadapai cabaran pada masa depan.
Sementara itu, seorang lelaki menulis dan memohon maaf bagi pihak individu yang jahil dan berfikiran sempit untuk menerima budaya orang lain itu.
Tulisnya lagi, masih terdapat sesetengah golongan yang merasa takut dan terancam oleh seorang atlet yang hanya memakai hijab pada kepalanya serta menyifatkan diskriminasi seperti itu tidak memberi apa-apa faedah, sebaliknya menjadikan remaja itu seorang yang hebat.
dari https://says.com/my/sports/muslim-student-athlete-disqualified-from-race-for-running-in-her-hijab
Noor Alexandria berkata, jurulatihnya juga memohon maaf kepada beliau dan menyatakan bahawa dia tidak memohon pengecualian bagi membolehkan dirinya untuk menyertai pertandingan itu.
Katanya, beliau turut dimaklumkan larang dari menyertai pertandingan itu kerana mengenakan hijab yang dianggap melanggar etika pakaian ketika menyertai aktiviti sukan itu.
Jurucakap Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio, Tim Stried turut mempertahankan keputusan rasmi itu sebagai pihak yang menguatkuasakan peraturan berkenaan.
"Persatuan melihat peraturan itu berpotensi untuk diubah bagi memberi peluang pakaian sedemikian boleh digunakan dan tidak memerlukan pengecualian pada masa depan," katanya.
Dari https://twitter.com/ibtihajmuhammad/status/1102292639427178496