Seni & Sukan 10 Feb, 2024

Video| Makan sambil bercakap? Waris bidas kecaman! Sunah bercakap masa makan bukan masa mengunyah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Adat dan budaya orang Melayu terangkum dalam pelbagai aspek kehidupan. Paling dititikberatkan ialah adab. Jadi, tidak hairanlah kalau orang Melayu dikatakan kaum yang mementingkan adab dan kesopanan. Kebanyakannya berlandaskan kepada ajaran Islam.

Antara adab yang ditekankan ialah ketika menjamu selera atau makan. Selain makan menggunakan tangan kanan, kita juga tidak digalakkan makan sambil bercakap atau makan dengan bunyi yang kuat. 

Kadang-kadang apabila melihat video pempengaruh buat content mukbang sambil bercakap sehingga bersemburan makanan di dalam mulut, pasti anda rasa geli atau tidak selesa.



Namun, tahukah anda makan sambil bercakap dan mengunyah sambil bercakap adalah dua perbuatan yang berbeza? 

Makan sambil bercakap ialah perbuatan seseorang yang sedang menjamu selera dan dalam masa sama, dia berbual-bual. Manakala mengunyah sambil bercakap ialah perbuatannya yang sedang mengunyah makanan dan dalam masa sama, dia bercakap.

Jadi, ada dua hukum di sini. Pertama hukumnya harus sekiranya anda makan sambil berbual. Manakala kedua, mengunyah sambil bercakap hukumnya makruh.

Sebenarnya ramai yang terkeliru dengan hukum tersebut kerana menyangka kedua-dua perbuatan itu sama. 

Mungkin inilah yang dilalui oleh penyanyi popular, Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias. Dia dikecam netizen kerana bercakap ketika sedang makan.


Waris ditegur oleh netizen kerana makan sambil bercakap.


“Pendapat berbeza tapi boleh duduk semeja,” tulis Waris.

Videonya bersama seorang rakan sedang makan di sebuah restoran yang dikongsinya dalam Instagram pada 23 Januari 2024 lalu itu mengundang kecaman beberapa orang netizen. Selain isi isu yang dibincangkan, perbuatannya makan sambil bercakap juga mendapat kecaman dan teguran. 

“Makan tak elok bercakap,” tegur salah seorang netizen.




Dalam video terbaharu (8 Februari 2024), Waris berkesempatan membalas teguran tersebut. 

Menurut Waris tiada yang salah makan sambil bercakap kerana ia perbuatan sunah (tidak merujuk kepada mengunyah sambil makan).

“Ajaran nenek moyang dia bukan nenek moyang aku,” bidas Waris.



Ketika inilah ramai netizen menjelaskan perbezaan antara makan dan mengunyah. Walaupun terjadi perdebatan, namun di sebaliknya ada ilmu baharu yang dipelajari buat sesiapa yang masih belum tahu tentang hukum makan sambil bercakap.

“Kena bezakan sedang makan ke sedang mengunyah? Hahahahaha. Sedang makan betul apa yang abang Waris cakap, sunah. Tapi kalau sedang mengunyah makruh bercakap,” jelas netizen. - KitaReporters


12
14
0
7
0
You will be interested