Alam 11 Nov, 2019

BERSIHKAN SG KLANG: TERIMA KASIH BOYAN SLAT

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SETIAP tahun sambutan Hari Sungai Sedunia pasti disambut. Tahun ini sambutan tersebut diadakan pada 29 September lalu. Biarpun diraikan saban tahun, namun tahap kesedaran masyarakat kita terhadap kebersihan air sungai masih pada tahap rendah.

Jentera Interceptor 002 kendalian The Ocean Cleanup yang menggunakan kuasa solar.


Sampah-sarap dibuang sesuka hati ke dalam sungai sehinggakan aliran sungai tersumbat dan tidak mengalir dengan lancar. Dari sekecil-kecil sampah, sehinggalah sampah ‘gergasi’ boleh ditemui dalam sungai.

Melihat Sungai Klang saja membuatkan hati sayu kerana pelbagai jenis khazanah menjadi penghuni di sungai berkenaan.

Menyedari keadaan sungai yang kotor dan tersenarai antara 50 sungai paling tercemar di dunia, seorang pencinta alam sekitar dari Belanda terpanggil untuk membersihkannya tanpa mengenakan sebarang bayaran. Seorang belia yang baru berusia 20 tahun, Boyan Slat telah melancarkan The Ocean Cleanup; satu inisiatif untuk membersihkan laut dan juga sungai daripada pencemaran sampah terutamanya plastik.

Boyan Slat bersama inovasinya, The Interceptor 002 selepas melakukan aktiviti pembersihan sampah di Sungai Klang baru-baru ini.


Boyan Slat (tengah).


Jentera pembersihan berkuasa solar yang dibina dengan kos kira-kira RM3.2 juta (700,000 Euro) itu dibiayai sepenuhnya oleh The Ocean Cleanup atas dasar tanggungjawab memelihara kehidupan sungai.

Kerja murni Slat itu disedari selepas beliau memuat naik tiga keping gambar di laman Twitter rasminya @BoyanSlat yang menunjukkan hasil kutipan sampah yang berjaya dikaut dengan menggunakan jentera ciptaannya yang digelar sebagai Interceptor 002 di Sungai Klang, 4 November lalu.

Slat juga dalam masa juga tidak terlepas untuk berkongsi rakaman video berdurasi 40 saat yang menunjukkan bagaimana jentera Interceptor 002 beroperasi di Sungai Klang.

Malah, anak muda mengakui terkejut dengan hasil pembersihan di sungai tersebut antaranya barangan yang berjaya dikaut Intercepter 002 adalah beg tangan, topi keledar, botol, beg plastik dan tayar.

Sebahagian barangan yang menjadi penghuni dan berjaya dikutip oleh jentera Interceptor 002 di Sungai Klang, baru-baru ini.


Keikhlasan anak muda muda ternyata mengagumkan kerana sanggup membersihkan bagi mengelakkan sampah terbuang itu dihanyutkan ke laut.

Dan sehingga artikel ini ditulis kiriman Slat di Twitter telah mendapat lebih 20,300 reaksi.

Slat berkata, Sungai Klang dipilih berdasarkan faktor lokasi dan keluasan sungai yang sesuai untuk operasi Interceptor 002.

Projek pembersihan itu dilaksanakan bukan mengejar keuntungan, sebaliknya atas dasar tanggungjawab membantu mengurangkan sebanyak mungkin pencemaran plastik di sungai di seluruh dunia.

"Usaha sama ini dapat dilaksanakan dengan baik atas sokongan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan atas usaha pembersihan Sungai Klang yang dilaksanakan secara berterusan sejak 2016," katanya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Jentera yang berfungsi seperti penyedut habuk ini mampu beroperasi selama 24 jam tanpa henti. Terang beliau lagi, Interceptor 002 mampu mengutip sehingga 100,000 kilogram sampah sehari dan bagi fasa pertama pembersihan Sungai Klang ini menyasarkan jumlah kutipan adalah 10,000 kilogram sehari.

https://www.cnet.com/videos/boyan-slat-of-the-ocean-cleanup-talks-up-his-latest-invention-the-interceptor/


Semoga kehadiran The Ocean Cleanup di Malaysia dapat membuka mata penduduk Malaysia tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan laut.

Seharusnya perlu timbul perasaan malu kerana orang luar masih sayang kepada sungai dan perairan di tanah air kita, sedangkan kita hanya bersahaja mengabaikan!.

Jom kita saksikan bagaimana jentera Interceptor 002 beroperasi di Sungai Klang.



 

 

 

9
0
0
0
0
You will be interested

[VIDEO] AKHIRNYA, SI KURUS KERING TIKIRI PERGI JUA

Tikiri adalah simbol kepada kekejaman haiwan yang digunakan dalam persembahan. Kita sebagai manusia sebagai penjaga mereka harus bertanggungjawab.
Mohd. Hazli Hassan in Alam 5 years ago

[VIDEO] PROJEK LADANG CORAL: TANGKIS PERSEPSI NEGATIF

Penternakan coral di Pulau Bidong sebenarnya adalah usaha untuk menjadikan ia sebuah model ‘nurseri’ – sama seperti nurseri pokok buah-buahan di darat.
Jamhariah Jaafar in Alam 5 years ago