Agama 16 Nov, 2019

PENGAKHIRAN YANG TERBAIK BUAT MOHD DAN..

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this
SEORANG pendakwah yang gigih berdakwah sejak lebih 40 tahun lalu, Allahyarham Tuan Haji Mohd Dan bin Ibrahim telah syahid akhirat ketika sedang berdakwah di Jordan pada Rabu (13/11/2019) lepas. : KitaReporters.com

Tuan Haji Mohd Dan bin Ibrahim . 


Jordan atau bumi Syam yang terkenal sebagai bumi anbiya’ kerana ramai para nabi dilahirkan dan diwafatkan di situ, telah menjadi tempat Almarhum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.40 malam. 

Allahyarham yang berusia 60-an meninggal dunia atas faktor kesihatan.

Almarhum dikurniakan syahid akhirat kerana sedang khuruj fisabilillah selama 2 bulan bersama isteri dalam jemaah masturat dakwah dan tabligh. 

Diberitakan kira-kira 50,000 jemaah menghadiri solat jenazah beliau yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat pada Jumaat (15/11/2019) lalu. 

Ahli keluarga Allahyarham memberitahu, solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat adalah permintaan Mufti Jordan yang mahu memuliakan jenazah yang syahid.

Tempoh khuruj berdakwah Allahyarham dan isterinya bersama tiga lagi pasangan suami isteri ke Jordan bermula 30 September 2019 hingga 29 November 2019.

Tuan Haji Mohd. Dan adalah pendakwah yang aktif sejak zaman beliau belajar di universiti hingga ke akhir hayatnya dan pernah berdakwah di pelbagai negara. 

Beliau adalah salah seorang pengerak penting di pusat dakwah Malaysia di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur. 

Selain makam nabi-nabi, bumi Jordan juga terdapat banyak kubur sahabat Nabi SAW yang syahid dalam perjuangan menegakkan Islam. 

Semoga Allahyarham dibangkitkan bersama sahabat-sahabat Nabi SAW di akhirat kelak. Amin. - KitaReporters.com

16
1
5
0
2
You will be interested

ALLAH SETIA MENUNGGU, MERINDUI RINTIHAN, DOA KITA

Kongsi minda bersih jiwa. Ada antara kita, mengalah dengan ujian Allah. Sedang Allah setia menunggu, nak dengar rintihan dan doa daripada hamba yang amat dirindui-Nya.

Normala Hamzah in Agama 5 years ago

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SELANGOR MERIAH

Seramai 45 kakitangan dan pelajar UIAM menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor pada Sabtu (9/11/2019) lalu
Roslan Rusly in Agama 5 years ago

MOH KITA "INGAT NABI, SEBUT NABI, JAGA NABI"

Umat Islam hendaklah menghayati dan mencontohi sikap dan pekerti mulia baginda SAW untuk diterapkan dalam kehidupan seharian
Ahmad Abd Hamid in Agama 5 years ago

INI SYAHADAH PALING 'NERVOUS' - BRO FIRDAUS

Bagi Bro Firdaus, selepas 14 tahun memeluk agama Islam, pimpinan dua kalimah syahadah untuk ibunya sendiri adalah satu detik yang pasti tidak akan dapat dia lupakan.
Mohd. Hazli Hassan in Agama 5 years ago

TAHU KENAPA KITA MENGELUH, TAK TENANG?? BACA NI...

Kongsi minda bersih jiwa. Bersyukur! Perkataan indah yang mempunyai sejuta nikmat. Bersyukurlah di atas sejadah. Selalukah anda bersyukur?
Normala Hamzah in Agama 5 years ago