Berita Terkini 14 Oct, 2019

KVUM KESAL UTUSAN DITUTUP, GESA KERAJAAN BERTINDAK!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this
Kementerian Sumber Manusia digesa meneliti sama ada tindakan pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memilih Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) baru-baru ini dibuat mengikut lunas-lunas peruntukan Akta Pekerjaan atau sebarang akta berkaitan yang sedia ada.

Khalid Yunus (duduk kanan), Suleiman Mohamad dan Johan Jaaffar (kiri) bersama mantan petugas-petugas Utusan dari Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM).


Gesaan itu antara 5 resolusi yang dibentangkan oleh Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM)  dan Mantan Petuga-Petugas Utusan yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri Khalid Yunus pada majlis sidang media berhubung isu syarikat Utusan Melayu gulung tikar yang berlangsung di Hotel De Palma Kuala Lumpur pagi tadi (14/10/2019).

“Kami khuatir tindakan sedemikian akan menjadi ‘precedent’ bagi syarikat lain mencari jalan mudah bagi menyelesaikan masalah mereka,” ujar Tan Sri Khalid Yunus.

Turut hadir bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Johan Jaaffar serta barisan hadapan  KVUM antaranya Tan Sri Suleiman Mohamed, Puan Roseminah Ahmad, Rosle Azmi dan Ku Seman Ku Hussain serta ahli-ahli KVUM lainnya.

Menurut KVUM, tindakan pemberhentian operasi perniagaan syarikat cara tersebut akan menyelamatkan puluhan juta ringgit bagi pemilik baharu  yang tidak melalui proses VSS atau MSS (Mutual/Mandatory Separation Scheme).

Empat lagi gesaan yang disuarakan oleh KVUM meliputi:

1. Menggesa agar syarikat mengambil kira kebaikan petugas yang diberhentikan di mana mereka tidak hanya perlu dibayar gaji tertunggak selama ini, serta gaji sehingga tarikh akhir bekerja pada 31 Oktober 2019, tetapi menimbangkan pampasan lain yang difikirkan perlu. Syarikat perlu melunaskan semua bayaran tertunggak bagi mereka yang mengambil VSS sebelum ini.

2. Meminta agar dipertimbangkan sebarang faedah perkhidmatan yang munasabah seperti tuntutan perjalanan dan perubatan termasuk bayaran ganjaran graduiti yang tidak dibayar sejak setahun lalu.

3. Meminta syarikat Pelikuidasi Interim yang dilantik, UHY Advisory (KL) Sdn Bhd bertindak telus dengan membenarkan peguam bagi pihak petugas yang diwakili oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) cawangan Utusan Melayu dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Akhbar (KKPA) cawangan Utusan Melayu memantau penjualan aset untuk tujuan membayar hutang. Ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku.

4. Menggesa agar syarikat baharu yang mengambil alih lesen penerbitan akhbar milik Utusan Melayu mengutamakan mantan wartawan Utusan sekiranya mahu memulakan penerbitan baharu.


Sidang media KVUM dan mantan pekerja Utusan di Hotel De Palma, Kuala Lumpu pagi tadi (14/10/2019).


Untuk rekod, pada 9 Oktober lalu,  satu memo dalaman telah diedarkan kepada kakitangan syarikat oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Utusan pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang, sekali gus membuat keputusan menutup operasi syarikat itu.

Ekoran itu, syarikat Utusan Melayu yang diasaskan pada tahun 1939 oleh Allahyarham Yusof Ishak dan Bapa Kewartawanan Melayu, Abdul Rahim Kajai terpaksa berkubur setelah 80 tahun bernafas dengan semangat dan roh Melayu

Dan ironinya syarikat akhbar terulung itu yang dianggap “suara keramat" orang Melayu gulung tikar secara rasminya tiga hari selepas Kongres Maruah Melayu di Shah Alam pada 6 Oktober 2019.

Berikutan penutupannya, seramai 800 pekerja Utusan yang sedia ada kehilangan mata pencarian dalam sekelip mata, tidak termasuk 800 lagi yang telah mengambil VSS sebelum ini, sekali gus mengakibatkan kira-kira 6,400 orang petugas dan anggota keluarga terjejas.

2
0
1
0
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago