Berita Terkini 25 Oct, 2019

"JANGAN MARAH McD"... GARA-GARA CHEESEBURGER

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this
"JANGAN marah McD..." Tulis Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi ciapan baginda di Twitter apabila warganet mempersoalkan kesilapan restoran makanan segera, McDonald's.



Semuanya gara-gara 'cheeseburger' yang dibeli Puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya diberikan roti dan cheese sahaja tanpa kepingan daging.

Rata-rata pengikut Tengku Puteri Jihan cuba menarik perhatian restoran makanan segera itu dengan membuat pautan @McDMalaysia pada ruangan komen.

Bagaimanapun, ramai memuji sikap puteri bongsu Raja Permaisuri Agong yang tidak melatah, malah bersifat kelakar dan mesra rakyat dengan membuat ciapan berkata:

"Everyone please, jangan marah @McDMalaysia. Its was a harmless mistake. Walaupun dia bagi saya cheese dengan roti je saya habis jugak."


Malah, keperibadian mulia Tunku Azizah yang diketahui umum tanpa tolok bandingan terserlah menerusi ciapan baginda apabila melihat warganet berbalas komen di Twitter Tengku Puteri Jihan.

"Tolong janganlah marah sangat kat McD... bukan salah mereka...dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang...Jihan memang suka sangat makan McD...setiap hari beli McD...nama dia pun saya sudah tukar...McJihan!"

"MekJihan pun ok jugak!"

Sekali lagi rakyat negara ini serta warganet cukup terhibur dengan keperibadian Raja Permaisuri Agong dan sikap baginda itu seharusnya dijadikan contoh serta teladan buat semua.

13
2
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago