Kambing dipercayai cuba diseludup dua lelaki yang berjaya dirampas anggota PGA di SJR Banggol Kong, Rantau Panjang. - Kredit foto: Ihsan PGA7
DUA lelaki ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, Rantau Panjang setelah dipercayai cuba menyeludup enam ekor kambing dalam kejadian pada 1 Oktober 2021.
Kedua-dua suspek
yang berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika melalui SJR berkenaan
dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton.
Pegawai
Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, terdahulu anggota
PGA bertugas menahan kenderaan itu sebelum kemudiannya menjalankan pemeriksaan
di bahagian belakang.
“Hasil
pemeriksaan mendapati terdapat enam ekor kambing yang telah ditutup menggunakan
kanvas. Kedua-dua lelaki mereka juga gagal kemukakan sebarang dokumen sah
melibatkan perjalanan muatan dibawa mereka.
“Haiwan
berkenaan telah ditutup bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Kedua-dua lelaki
berkenaan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya
dipetik laporan Kosmo, 2 Oktober 2021.
Tambah beliau,
kesemua kambing tersebut termasuk kenderaan turut dirampas dan kes disiasat
mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953. - KitaReporters