Alam & Sains 14 Feb, 2020

COVID-19: VIETNAM KUARANTIN WILAYAH SON LOI

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

VIETNAM menjadi negara pertama di luar China yang menutup laluan keluar masuk sebuah wilayahnya pada Khamis, 13 Februari 2020 apabila wilayah Son Loi dengan 10,000 penduduk dikurantinkan, selepas 6 orang disahkan dijangkiti wabak Penyakit Koronavirus 2019 atau COVID-19.  : KitaReporters.com

Sumber gambar: Bangkok Post


Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu South China Morning Post, Son Loi adalah wilayah pertanian yang sempadan paling hampir dengan China, mengandungi beberapa kampung, yang diarahkan 'ditutup' selepas enam kes dikesan di situ dan yang terbaru pada Khamis, 13 Februari 2020.

Jurucakap itu berkata, penutupan Son Loi itu,  kira-kira 40 kilometer  dari Hanoi adalah tindakan kuarantin pertama secara besar-besaran di luar China sejak COVID-19 merebak dari Wuhan di China, pada Disember 2019.

"Setakat hari ini, kita melaksanakan tugas penting membabitkan pengasingan dan kuarantin kawasan epidemik di Son Loi. Tempoh masanya ialah sehingga 20 hari " katanya.

Pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam dipetik oleh Bangkok Post sebagai berkata, Vietnam sudah pun menghentikan pengeluaran visa untuk pelancong China memasuki sempadannya bagi meningkatkan pencegahan. 

Sebelum itu, pihak penerbangan juga mengharamkan penerbangan dan kemasukan pelancong Hong Kong, Taiwan dan Macau dalam usaha melengahkan penyebaran wabak tersebut.

Ketua kakitangan Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam, Trinh Quoc Tuan berkata, bagaimanpun pihaknya mengubah pemikiran dan menghentikan penerbangan dari Tanah Besar China saja.

Vietnam, Thailand, Malaysia, China, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara-negara yang mendapat wabak ini merebak secara domestik.

Taiwan adalah pelabur terbesar di Vietnam yang melabur AS$32 billion sejak tiga dekad lalu.

Laporan-laporan serta statistik terkini berkaitan COVID-19 boleh dibaca di: https://kitareporters.com/coronavirus


Sehingga Khamis, 13 Februari 2020, dilaporkan lebh 60,400 kes COVID-19 dilaporkan dengan 1,370 kematian dan lebih 6,200 sudah dipulihkan.

Sehingga 13 Februari lalu, 59,804 kes dilaporkan di China,  Jepun dengan 248  kes dan satu kematian,  Singapura (58 kes) dan Malaysia (19 kes) dan negara lain termasuk Sweden dilaporkan satu hingga 16 kes sudah dilaporkan dijangkiti wabak berkenaan.

Filipina juga dijangka membuat keputusan tidak menerima pelancong dari China, Hong Kong dan Macau. - KitaReporters.com

 

1
1
0
0
0
You will be interested