Selera Santai 30 Aug, 2020

Bubur Asyura Perpaduan! Usaha Jiran Wanita KRT Bandar Jertih

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

BUKAN mudah melakukan kerja-kerja untuk menyiapkan bubur asyura apatah lagi ia dilakukan oleh kaum wanita kerana proses menyiapkannya terpaksa mengambil masa agak lama dan memerlukan tahap kerjasama yang padu antara satu sama lain. Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih membuktikannya. : KitaReporters

Ahli Jiran Wanita KRT Bandar Jertih bergotong royong mengacau bubur asyura di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih


Lagi cerita-cerita berkaitan KRT:https://kitareporters.com/search?search=krt


Semangat kerjasama dan saling membantu dalam kerja-kerja seumpama itu memerlukan satu pasukan yang kuat dan mempunyai tahap persefahaman yang tinggi bagi menyempurnakan kerja gotong royong termasuk membuat bubur asyura. 

Kesungguhan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu, mengadakan gotong royong membuat bubur asyura boleh dijadikan contoh kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain kerana ia dilakukan sendiri oleh golongan wanita.

Paling membanggakan kumpulan Jiran Wanita berkenaan agak unik kerana keanggotaannya meliputi wanita pelbagai kaum dan bersatu tenaga menjayakan program Bubur Asyura Perpaduan.

Pengerusi Jiran Wanita KRT Bandar Jertih, Teo Huey Lan berkata, pihaknya bermufakat untuk menganjurkan program mengacau bubur asyura sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 tahun 2020 ini.

Pengerusi Jiran Wanita KRT Bandar Jertih, Teo Huey Lan  


Katanya, walaupun aktiviti mengacau bubur asyura biasanya dilakukan oleh masyarakat Islam, namun disebabkan komuniti KRT Bandar Jertih terdiri daripada pelbagai kaum pihaknya cuba menonjolkan aktiviti berkenaan bagi membuktikan semangat perpaduan masih wujud terutama di Terengganu.

Beliau berkata, keahlian Jiran Wanita tersebut mempunyai ahli jawatankuasa pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Ibam menyebabkan ia sering dijadikan contoh kepada rakyat di Terengganu.

Teo berkata, walaupun kerja untuk menyiapkan bubur asyura agak lama dengan mengambil masa kira-kira tujuh jam tetapi ia amat seronok apabila banyak pihak memberi sokongan dan galakkan supaya wanita tampil mengadakan aktiviti tersebut.

Jiran Wanita KRT Bandar Jertih menjadi simbol perpaduan kaum di Terengganu


“Kerja-kerja awal seperti menyiapkan bahan mentah, mengacau bubur sehingga masak dan membungkus dilakukan sepenuhnya oleh kumpulan wanita,” katanya. Bagaimanpun, kerja-kerja berat seperti menyediakan kawah ia mendapat bantuan daripada pihak ahli lelaki.

Katanya, Bubur Asyura Perpaduan sempena Program Bulan Kemerdekaan anjuran badan induk KRT Bandar Jertih itu berjaya menarik perhatian masyarakat yang melihat semangat kerjasama dan perpaduan yang wujud dalam kalangan komuniti setempat.

Bubur asyura yang siap dimasak untuk diagihkan kepada komuniti setempat


“Walaupun saya sendiri keturunan Cina dan memegang Pengerusi Jiran Wanita sejak lebih 20 tahun, tetapi amat selesa tinggal dan bergaul dengan penduduk setempat yang sentiasa memberi sokongan setioap kali Jiran Wanita menganjurkan program,” katanya. 

Menurut Teo, mengambil sempena Bulan Kemerdekaan pihaknya mengambil pendekatan untuk menonjolkan pakaian seragam berimejkan Jalur Gemilang ketika mengadakan aktiviti tersebut. - KitaReporters

3
1
1
0
0
You will be interested

Video| Tak masuk akal! Kudapan bentuk raksasa Loch Ness! Dijual lebih daripada RM297k dalam eBay!

Seorang individu dari AS cuba nasib jual sepotong makanan ringan jenama Cheetos yang berbentuk raksasa Loch Ness secara dalam talian pada harga lebih RM297,000

Video| Inilah Pahang! Lawatan tanpa had! This Is Pahang 2022 - Unlimited! Pelbagai lokasi menarik!

Kerajaan Negeri Pahang lancar tema pelancongan terbaharunya iaitu This Is Pahang 2022 - Unlimited sebagai inisiatif galakkan kedatangan pelancong ke negeri itu
Ainal Marhaton Abd Ghani in Selera Santai 3 days ago

Video| Roti canai terbang! Lelaki tebar roti canai dengan gaya, stail tersendiri! Putar sama dia!

Tular video seorang pemuda tebar roti canai dengan sangat hebat sehingga menarik perhatian. Bukan biasa-biasa cara tebarannya yang penuh dengan gaya tersendiri
Nur Syamila Kamarul Arefin in Selera Santai 4 days ago

Tahniah! KitaReporters terima anugerah perhargaan media! Sempena pelancaran This Is Pahang 2022!

Buat pertama kali, KitaReporters.com menerima Anugerah Penghargaan Pelancongan dan Kebudayaan Kategori Media sempena Majlis Pelancaran This Is Pahang 2022
Ainal Marhaton Abd Ghani in Selera Santai 4 days ago

Video| Wak Doyok jual sushi pula! Suntik elemen tempatan! Harga murah ada rasa tempe! Mau cuba?

Wak Doyok buka restoran makanan Jepun yang diberi nama 'Sushiwak' di Melawati Mall, Kuala Lumpur yang hidangkan resipi sushi dengan suntikan elemen kemelayuan
Fauzan Uda Ahmad in Selera Santai 6 days ago