Seni & Sukan 05 Nov, 2019

NAK MAKEUP MENARIK, PAKAI KOSTUM? MAI SINI..

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this
BERTUBUH besar bukan alasan tidak berfesyen. Ini kerana kecantikan dan ketampanan seseorang individu adalah subjektif mendorong seorang jurumekap terkenal di Kuantan, Pahang, Ann Haris Khan, 46, untuk tidak sesekali menghampakan pelanggannya.



Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke butiknya, Ann Harizz Empire di Jalan Tun Ismail 4, Kuantan beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga berpatutan.

Menariknya, Ann Harizz Empire satu-satunya butik di Kuantan yang menawarkan perkhidmatan tatarias (makeup) dan kostum sekali gus.



Anak kelahiran Perak itu akan sedaya upaya memastikan kostum yang disediakan boleh digayakan sesiapa sahaja meskipun berbadan gempal.

"Lebih 1,000 baju disediakan dengan pelbagai tema dan karektor seperti Bollywood, Hollywood, Hollowen, Glam Dinner, Oscar atau Party Fantasy.

"Saya juga menambah perkhidmatan seperti lukisan pada wajah dan dekorasi majlis mengikut permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui KitaRepoters.com di butiknya baru-baru ini.


Ibu kepada empat anak itu mendalami bidang tatahias dan kostum sejak 17 tahun lalu ke seluruh negara termasuk di luar negara seperti United Kingdam dan Itali.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, bayaran perkhidmatan dikenakan serendah RM100.

"Jika pelajar atau guru-guru sekolah yang datang berkumpulan untuk meraikan majlis akhir tahun sekolah, saya akan berikan diskaun istimewa dan harganya jauh lebih rendah serta tidak akan dapat di mana-mana butik," katanya.


Bagi yang berminat dengan perkhidmatan Ann Harizz boleh layari instagram Annrizzempire atau Facebook Ann Harizz Khan atau hubungi talian 019-9314118.

 




10
4
1
0
0
You will be interested