Politik & Negara 15 Feb, 2023

Tahniah YB? Syed Saddiq bakal akhiri zaman bujang sebelum PRU16? Jejaka hensem mestilah kahwin cepat

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan akan berkahwin dalam tempoh sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Gantang, Datuk Idris Ahmad menerusi laman Facebook, beliau memaklumkan hasrat pemimpin muda politik itu ketika mereka bertemu di Parlimen dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan YB Syed Saddiq



“Tadi sempat berjumpa dengan YB Muar selepas perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong. Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka hensem mesti kahwin cepat. Dia janji dengan saya, sebelum PRU16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh.

“Ini soalan cepu mas jika saya berjumpa anak muda. Soalan yang semua orang ada jawapannya. Cuma cepat dengan lambat sahaja,” kongsinya,

Rata-rata pengguna media sosial memuji kemesraan kedua-dua pemimpin politik itu yang mengamalkan politik matang meskipun berjuang dengan parti politik yang berbeza.



“Terbaik YB Dato ustaz memang sempoi. Semoga dipermudahkan segala urusan insyaAllah,” kata Jamal Che Hassan.

“Terbaik, sebarkan harmoni,” jelas Akhi Mal.

“YB buat la Syed Saddiq sebagai menantu,” gurau Syed Ridwan. - KitaReporters


9
10
0
18
0
You will be interested