Kakitangan Malaysian Qualification Agency (MQA) di Mercu CyberJaya
Ramai rakyat Malaysia memakai baju warna hijau pada 15 November 2023, untuk memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang telah diserang oleh rejim aparteid Israel sejak 7 Oktober 2023 yang lalu.
Tanggal 15 November 1988 juga adalah tarikh pengumuman kemerdekaan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
Ramai yang menyatakan sokongan moral mereka terhadap negara Palestin yang teruk dibedil oleh aparteid Israel. Penderitaan demi penderitaan rakyat Palestin sangat menyentuh hati masyarakat Malaysia.
Namun masyarakat dunia seperti di negara kita hanya dapat bersedih bila melihat penderitaan anak-0anak kecil, wanita dan orang-orang tua serta seluruh rakyat Palestin yang kini teruk dibom oleh aparteid Israel tanpa belas kasihan.
Staff Penerbit UMT, Terengganu
Hijau untuk Palestin... Jane Royana Jaafar di Pahang dan Asmidar Zainol di Sabah.
Seorang kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, setiap hari WhatsAppnya dipenuhi dengan gambar-gambar meruntun hati penderitaan rakyat Palestine. Beliau sangat sedih melihat keadaan anak-anak kecil dan wanita serta orang tua yang menderita akibat serangan genosid berkenaan.
Beliau berharap negara-negara besar tidak hanya menjadi pemerhati dan melihat tanpa belas kasihan terhadap penghapusan etnik yang berlaku tetapi sebaliknya datang membantu rakyat Palestin yang sangat menderita sekarang.
"Melihat penderitaan mereka setiap hari boleh membuat kita jadi murung," kata seorang pelajar universiti tempatan yang sempat saya temui.
"Kita yang hidup dalam keadaan aman ini tidak dapat bayangkan macam mana mereka hadapi suasana genting setiap hari. Rasa sangat bersyukur dapat hidup di negara yang masih aman dan makmur ini " katanya.