Politik & Negara 25 Jan, 2024

Video| Palestin perlu diterima anggota penuh PBB! Hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


"Alhamdulillah, hasrat rakyat dan kepimpinan Malaysia agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan gesaan gencatan senjata telah disampaikan sendiri oleh Menteri Luar Negeri kepada Setiausaha Agung PBB di New York pada 23 Januari 2024.
"Gesaan Malaysia ini seiring dengan kenyataan Antonio Gutteres pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.
"Keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak. 

"Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar aparteid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan. Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini.

"Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip yakni Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai Ibu Kota." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 24 Januari 2023)


11
18
0
8
0
You will be interested