Politik & Negara 18 Oct, 2023

Amerika kena bertanggungjawab! Kegilaan aparteid Israel perlu dihentikan segera! - Ismail Sabri

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Kredit foto: Al-Jazeera


"Seluruh dunia perlu mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang telah hilang perikemanusiaan apabila mengebom Hospital al-Ahli Arab di tengah Gaza sehingga menyebabkan 500 orang terbunuh. 

"Negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat juga perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim aparteid Zionis membunuh nyawa insan yang tidak berdosa kerana sentiasa berada di belakang Israel untuk bertindak ke atas Palestin. 

"Tindakan tidak berperikemanusian rejim aparteid Zionis ini harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk dalam sejarah dunia. 

"Negara-negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai. 

"Harus ditegaskan sekali lagi, konflik yang berlaku ini adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi, membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin. 

"Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza sentiasa dilindungi Allah SWT dan terus berjuang untuk mempertahan tanah air sendiri." - Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob (18 Oktober 2023)


8
13
0
18
0
You will be interested