Politik & Negara 28 Mar, 2025

Jaga keharmonian agama! Guna rundingan, penyelesaian secara baik! Berpandukan undang-undang! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aspek keharmonian agama dan bangsa, perlu dijaga melalui rundingan dan penyelesaian secara baik selain berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata, sewaktu pelan pembinaan Masjid Madani ini, beliau menekankan aspek keharmonian agama dan bangsa, perlu dijaga melalui rundingan dan penyelesaian secara baik termasuk dengan pihak kuil.

"Selain itu, ia juga perlu berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," tegasnya sewaktu berucap Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani, di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis, 27 Mac 2025.



Menurut Perdana Menteri, kewujudan institusi seperti masjid memainkan peranan penting dalam menyatukan ummah dari pelbagai latar belakang dan medan menyemai elemen keharmonian antara satu sama lain.

Masjid ini apabila siap kelak, kata Anwar, bakal berfungsi sebagai pusat komuniti setempat kepada umat Islam dan masyarakat di sekitar ibu kota, sekali gus mampu menyelesaikan kesesakan jemaah di pusat tumpuan masyarakat ini.

"Kawasan sekitar Masjid India ini adalah tumpuan pusat ekonomi ribuan umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia.

"Dan adalah penting kewujudan masjid baharu ini dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat, khususnya apabila dilengkapi kemudahan seperti ruang perpustakaan, dewan persidangan, ruang seni dan budaya untuk memperkenal Islam kepada orang ramai.



"Dalam keghairahan mengejar pembangunan, kita perlu terus menjaga dan menyemai kehamornian dan perpaduan yang terbina selama ini dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT termasuk dengan memuliakan institusi masjid.

"Moga kewujudan masjid ini nanti menjadi manifestasi penting dalam menyantuni keperluan masyarakat bandar, Insya-Allah," tambah Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
16
0
11
0
You will be interested